~🌻Tiga-Puluh-Empat🌻~

1.7K 60 4
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

Aku lihat matanya membulat sebelum tapak tangannya naik menekup mulut yang nyata melopong. Menyoroti aku dengan pandangan pelik seolah aku ni tumbuh dua kepala atau mungkin tidak percaya yang aku boleh berdiri di depannya setelah dia berkali-kali menolak mahu berjumpa aku. Oh Alya.

Hanya Tuhan yang tahu betapa aku rindukan perempuan yang kini sedang statik berdiri di depanku. Jarak beberapa langkah saja tapi nak menyentuh waima tangannya saja pun seolah lautan yang memisahkan kami. Jauhnya tak terjangkau. Hampir gugur air mata aku bila perkataan itu keluar dari mulutnya. Abang.

Mataku jatuh ke perutnya. Rasa nak sentuh abdomen yang ada satu nyawa lagi itu, tapi aku tahan tangan aku. Aku tak mahu dia kecewa lagi. Sepatutnya aku tak boleh pun ada kat sini. Aku tak nak kalibat aku menyakitkan hatinya lagi.

"Sayang..." Tapi aku tak mampu kalau tak menyerunya.

Lama matanya menyoroti aku atas bawah. Selama itu juga aku statik di situ menunggunya pergi lagi sekali dari pandangan mata aku. Allah, sumpah hati aku menangis parah ketika ini. Aku teringin membuka dan mendepakan tangan aku dan mahu dia berlari masuk dalam pelukan aku tapi aku tahu aku pasti akan hampa jadi aku paku kaki aku pada tanah, menunggu dia mencemuh atau memarahi aku atau apa-apa saja lah. Paling tidak pun, menunggu dia berpaling masuk ke dalam rumah.

Telahan awalku melencong. Aku fikir dia akan berbalik semula masuk ke dalam perut rumah tapi sebaliknya yang berlaku. Kesamaran cahaya menampakkan figuranya perlahan menapak menjauh dari ambang pintu. Semakin hampir jaraknya dengan aku, semakin hebat debar pada dada aku.

"Abang ni tak reti nak jaga diri sendiri ke? Tengok beard tu semak macam hutan! Rambut ni..." Jemarinya dilarikan pada juntaian rambutku yang menutup dahi. "Ya Allah, kenapa tak potong? Malaysia ni dah kehabisan tukang gunting rambut ke macam mana?" Satu tangannya naik menolak pinggang sendiri. Dan satu lagi dikuis ke pipiku. Bukan setakat kuis tapi dengan kukunya sekali terasa menyiat kulitku. Aku tahulah kalau dah begini gayanya, memang dia sedang marah sekarang ini. "Ni... Ini! Pipi ni dah masuk ke dalam, abang tak makan ke? Habis dah duit nak beli beras?" Matanya mencerlung marah. Menilik wajah aku dengan rasa tak puas hati.

Entah kenapa aku rasa sangat bahagia. Mendengar Alya membebel macam ni seolah aku tengah mendengar dia menyanyi. Setiap butir bicaranya bagai bait lagu yang indah iramanya. Allah!

"Abang rindu sayang." Tiga patah perkataan itu sebaik aku lafaz, rasanya aku mahu menangis sekarang. Sosok Ziyad yang berdiri di hadapannya kini adalah sosok manusia yang sangat merindui isterinya.

Seolah tersedar, matanya kembali membulat dan mulutnya ditekup dengan tangan. "Ya Allah..!" Mungkin tersedar yang dia sedang memarahi aku sekarang padahal selama ini, jangankan nak bercakap, nak tengok muka aku pun dia tak nak. "Ya Allah, saya buat apa ni?" Katanya lagi perlahan sambil dahi ditepuknya. "Pergi balik!" Dan dia berura untuk melangkah kembali masuk ke dalam perut rumah.

Tergamam aku sekejap tapi it's now or never! Kali ini aku peluk belakang badannya. Melingkarkan tangan pada pinggangnya. Kalau boleh aku tak mahu lepaskan lagi perempuan ini. Aku tak mampu. "Balik dengan abang. Abang mohon. Ampunkan abang sebab banyak kali sakitkan sayang tapi tolong... Abang merayu sayang, balik pada abang. Abang tak mampu buat apa-apa pun kalau sayang jauh dari abang... Abang tak tahu macam mana nak hidup kalau tak ada sayang..."

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now