🌻
.
.
.
.
.Aku nekad. Apa nak jadi pun jadilah. Berbekalkan alamat yang dikirim Kyle semalam, aku di sini menjejaki The Rosie Boutique dan akhirnya aku jumpa juga. Tak adalah susah mana pun nak cari. Mungkin sebab Kedudukan nya yang terpencil itu membuatkan ia jadi rumit untuk dijejaki. Terima kasih untuk maps app.
"Ya encik, apa boleh dibantu?" Seorang lelaki seakan India mendekati aku sebaik sahaja aku menapak di dalam ruangan butik. Nak tergelak aku dengar pertururannya yang pelat.
"Dekat sini ada tak staff nama Amanda Alya?" Soalku tanpa riak. Aku lihat lelaki itu menarik muka kemudian dia seakan berfikir. Jangan kata aku salah tempat.
"Ini butik milik Puan Rosie kan?" Tanyaku lagi dan lelaki yang separas bahuku itu angguk laju.
"Siapa datang, Rahul?"
Kedengaran satu suara menjengah. Seorang wanita separuh baya yang elegan datang mendekat. "Ya encik, apa boleh I bantu?" Soalnya pula beserta senyuman.
"I cari Amanda Alya, dia kerja sini kan?" Kali ini aku berharap sangat yang wanita ini dapat membantu.
"Ermm, I tak ada staff nama tu encik." Balasnya juga dengan kening yang berkerut. Sama macam lagak lelaki india itu tadi. "By the way, I, Rosie. Pemilik tempat ni." Wanita itu memperkenalkan diri. Jadi betullah aku menuju ke tempat yang tepat cuma orangnya saja belum ketemu.
"I, Syed Ziyad. Nur Natasya..." Belum sempat aku sudahkan ayat, Puan Rosie dah mencantas.
"Oh ya. I remember you. Tunangan Tasya. Any problem with the outfit? Sebab I bagi pada tailor terbaik kat sini."
Puan Rosie beriak gembira tapi bukan ini tujuanku datang ke sini. Bukan aku nak mendengar kecekapan tukang jahitnya atau memuji desian baju rekaannya.Seketika kami didatangi lagi dengan seorang perempuan yang agak ranggi penampilannya. Readhead with the black outfit. Ugh, apa jenis fesyenlah yang dia pakai ni.
"I cari Amanda Alya." Sekali lagi aku tegaskan.
"Dia cari Elly kot, boss sebab outfit cik Tasya tu Elly yang buat." Perempuan yang baru menjengah tu pula bersuara.
"Rahul, panggilkan Elly kejap." Arah Puan Rosie dan lelaki india itu pantas berlalu dari kerumunan. "Tuan Syed ada masalah ke dengan outfit?" Kali ini mata Puan Rosie terarah pada garment dress yang sejak tadi tergantung di lenganku.
"Ya, ada sikit-sikit nak adjust." Balasku. Tapi aku tipu. Sebenarnya tuxedo tu aku tak pernah cuba pun.
Di belakang Rahul, ada seseorang yang mengekorinya. Bila mereka mendekat, aku dah tak mampu sembunyi senyum sebab orang yang di belakang itulah yang aku cari. Amanda Alya, isteri aku.
"Ya, boss?" Suara lunak-lunak manja itu kedengaran. Mungkin dia belum perasan kehadiranku di situ sebab mata dia terarah pada Puan Rosie.
"He is our important customer. Please entertain him. Ada problem sikit dengan outfit." Aku dengar Puan Rosie berkata perlahan.
Bila pandangan aku dan Alya bertaut, senyumannya mati. Dia berdehem beberapa kali dan aku dapat lihat tangannya sedikit menggeletar. "Tuan Syed sila ikut saya..." Pintanya sebelum membalikkan tubuh.
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...