~🌻Tiga-Puluh-Dua🌻~

1.4K 57 2
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

Natasya menangis di kaki aku. Merayu-rayu supaya aku maafkan dia tapi entah kenapa aku langsung tak terdetik kasihan. Malahan aku rasa hendak menyepak rahangnya ketika ini.

Mengongoi tak sudah mencium hujung kasut aku disaksikan mak ayah dan adik-beradik di belakangnya. Manakala di belakang aku ada Nadim dan pasukannya sudah bersiap untuk mengangkut Natasya ke balai.

Ini balasannya setelah apa yang dia buat kat aku.

Membahang marah aku bila meneliti rakaman cctv di rumah hari itu. Mujurlah ada Nadim menenangkan aku di situ. Natasya ingat rancangannya berjaya menjebak aku di dalam rumah aku sendiri tapi mereka terlupa meriksa kehadiran cctv di situ.

Sekitar 8 malam, aku yang tak sedarkan diri diheret masuk sebelum dilempar ke atas sofa rumah aku sendiri.

Silap aku cuma satu, aku simpan password pintu dalam notes handphone aku. Dan aku lupa memadamnya selepas tu. Sebab tu lah senang saja mereka masuk.

Mengikut pada rakaman, lama juga aku pengsan. Sementara tu, dua orang lelaki upahan Natasya duduk dengan aku di ruangan rumah. Mereka bersantai menyumbat jajan dalam mulut sambil minum arak dan sebab itulah botol-botol bergelimpangan di atas lantai.

Menjelang pagi, aku yang macam hendak tersedar, ditekep pula mulut dan hidung aku dengan kain. Masa tu lah agaknya aku diberi dadah. Kalibat Kyle dan Natasya sampai diruangan sama.

Natasya mula menyepahkan pakaiannya di lantai dan Kyle melepaskan sut dan kemeja aku, dibiarkan juga bersepah di lantai. Memang licik permainan mereka.

Kyle dan dua lelaki yang mabuk itu lantas keluar dari rumah hingga melepasi gate dan waktu itulah kereta umi mulai memasuki garaj. Natasya yang dah siap sedia memakai bathrobe berlari mendaki tangga dan bersembunyi di situ.

Jadi semuanya terjawab. Kenapa aku pengsan, sakit-sakit badan, kaki lemah dan berbau alkohol.

"Aku dah suruh kau lari, Natasya tapi kau tunggu juga aku datang heret kau ke lokap." Aku menatapnya penuh kebencian. Kalau tak ada keluarganya di depan aku, lama dah aku maki hamun perempuan tu.

"I am sorry, Ziyad..." Dan dia mengongoi lagi sebelum dua polis wanita memapah tangannya supaya berdiri.

"Apolog rejected!" Dan aku tayang smirk. Baru puas hati aku.

Kyle dan rakan subahatnya dah lama dicekup. Nadim memang pantas buat kerja. Hal-hal kejar penjenayah ni memanglah kepakaran dia.

Aku ke rumah umi dengan harapan Alya ada di situ tapi umi menghalau aku. Katanya, selagi aku tak bawak balik Alya ke rumah tu, aku juga tak akan pernah diundang masuk. Marahnya pada aku belum hilang tapi aku akur.

Berminggu aku cari Alya. Ke rumah lama dia pun kosong. Bila aku ke butik, sah-sah lah aku dihalau. Allah, hati ini pedih.

Sekali lagi Alya pergi tanpa jejak. Dan aku di asak dengan kerinduan yang memberat. Hanya sekeping sonogram yang selalu menemani aku, itu pun sebab umi yang lempar ke arah aku sebelum aku dihalau pergi. Setiap kali menatap imbasan sonogram itu, setiap kali itulah aku tak mampu menahan sebak. Pasti air mata jadi peneman aku. Allah, sakit!

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now