🌻
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♂️
This is Syed Ziyad Akhtar, ok!~ Dan aku tersenyum puas bila salah satu member aku yang ada di JB mengkhabarkan sesuatu yang sangat melapangkan dada aku beberapa hari lepas. Di sini mungkin aku susah nak dapat perhatian Alya tapi luar dari sini, siapa tahu.
Hampir setiap hari aku singgah di The Rosie Boutique tapi langsung tak nampak kalibat Alya. Kadang aku menampakkan diri, kadang aku mengintip dari jauh. Staff Rosie memang pandai tutup mulut. Memang sengaja tak nak aku berjumpa Alya. Well, it's challenge me deep inside tapi aku memilih untuk menyahut. Ketepikan baran buat masa ini. Kadang tu macam nak tumbuk saja muka si Rahul sebab buat tak endah saja kalau aku datang singgah. Memang nampak macam terdesak tapi aku peduli apa.
"Mila, I'll be away for two days. Some personal business meeting I have to attend to. Please reschedule all the appointment."
Mila angguk sambil menaip sesuatu pada skrin i-pad di tangannya. "Your location? boss." Pintanya memandang tepat ke muka aku kemudian.
"Don't ask. It's personal matters."
Aku nampak dia telan liur. "Anything?" Tanyanya lagi tapi aku geleng saja. Mila meninggalkan ruangan office aku akhirnya.
Aku berkira-kira, tak dapat cara baik, cara kasar aku gunakan. Umi mungkin marah bila aku bawa balik Alya dengan paksa tapi cara baik yang macam mana lagi aku nak buat? Jangan kata nak jumpa, nak pandang muka aku pun dia tak nak.
Awal sejam sebelum waktu pejabat habis, aku bergegas meninggalkan wisma The Akhtar. Aku perlu bertemu Hakimi. COO yang menganjurkan camp team building di hotel milik keluarganya yang mana Alya turut serta sebagai peserta. Thanks to him.
Hampir 4 jam aku memandu menghala ke selatan, aku rasa tak penat langsung malahan hatiku berbunga bahagia. Aneh.
"Long time no see!"
Kami berlaga penumbuk bila aku sudah menapak di ruangan lobby. Hakimi masih seperti dulu. Gempal dan comel. Agak lama juga kami berborak. Maklumlah lama tak jumpa.
"Sebab rindu je kau rushing ke sini? Camp ni dua malam aje. Esok nanti kau jumpa lah perempuan kau tu. Tak menyabar betul lah." Panjang bebelannya. Aku menyengih saja sebab aku tahu dia pun tak tahu apa-apa.
"The room?" Pintaku.
"Sebelum aku menceroboh privacy orang, kau ada bukti yang aku nak?"
Aku berdecit. Menyauk wallet di dalam kocek slack dan mengeluarkan kad nikah aku. Dia ingat apa? Aku main-main ke bila aku cakap aku rindu isteri aku?
Dia jongket kening. "Seems like an obsessive husband." Komentarnya sambil tergelak. "Aku ada perhati juga peserta nama Amanda Alya tu. She's doing well. Friendly tapi agak diam sikit. To be honest, she is beautiful. Jangan kata aku, ramai yang usyar dia. Nasiblah bini orang." Gelaknya bersambung. Naik bergegar perutnya. Aku macam panas hati saja mendengarnya. "Tapi... Kau orang seperated ke?" Keningnya dijongket lagi bila gelaknya reda.
"Long story short, dia lari aku kejar."
Senyum Hakimi pudar. Matanya membulat tapi sekejap saja. "Oh~" Hanya itu yang keluar dari mulutnya.
Sekeping kad access dihulur. "Kalau ada kekecohan lepasni, it's your responsible to deal with it. Aku sepatutnya tak boleh buat macam ni tapi since dia wife kau, I have no objection."
"Macam tu lah kawan!" Aku tumbuk bahu dia lembut. "Oklah, buddy. Aku naik dulu. Nak prepare yang patut." Aku kenyit mata ke Hakimi sambil bangun untuk mencapai handle luggage yang tadinya di sisi sofa yang aku duduk.
Menyeringai si Hakimi. "Esok, mereka sepatutnya check out tapi kalau kau nak tambah hari kat sini, no problem. The room is yours." Dia tergelak suka.
Aku tunjuk ibu jari. Kemudian menepuk bahunya sebelum kami berpisah haluan.
Sempat aku tinjau ballroom yang menjadi penempatan acara akhir camp anjuran hotel ni. Memang banjir dengan manusia tapi disebabkan suasana dah malam dan cahaya jadi samar-samar disebalik dinding kaca pemisah, maka aku langsung tak nampak kalibat cinta hati aku di situ.
Menapak ke pintu bilik, aku teragak untuk membukanya. Maunya Alya ada kat dalam, confirm aku dihumban keluar. Jadi aku ketuk pintu beberapa kali. Agak lama tiada sahutan, maka aku tekap access kad pada kunci dan automatik pintu terkuak sedikit beserta bunyi 'ttitt'.
Semerbak haruman Alya. Lavender diselangi wangian bunga-bungaan dari arah bilik air. Aku boleh jadi gila macam ni. Kerinduan ku pada Alya makin menebal bila aku hirup haruman bilik itu semahunya.
Sebelum terleka, aku usap tengkuk sendiri. Mencari tempat di mana perlu aku bersembunyi. Bukan setakat aku yang nak sembunyi, luggage juga aku perlu sorokkan. Minda berputar ligat dan mata meneroka ruang bilik yang sederhana besar itu. Hanya ada satu katil bersaiz king. Nice!
Kemudian aku duduk menyelesakan diri di sudut itu. Aku perlu tunggu sedikit waktu lagi. Seperti harimau sedang menunggu kawanan rusa melewati kawasannya.
Sabar Ziyad!
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻🌻
Alya Untuk Ziyad
❤️
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...