🌻
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♂️
Melampau tak kalau aku cakap, aku lelaki paling bahagia ketika ini. Berjalan seperti kaki tak cecah tanah. Hati berbunga-bunga dan aku cepat terhibur untuk hal-hal yang remeh. Aneh.
If Amanda Alya is my death then I will die as a happy man!
Hakikatnya, Alya belum pun kembali sepenuhnya pada aku. Bayangkan kalau dia dah jadi housemate, roommate dan soulmate aku. Agaknya aku ini macam orang gila gamaknya. Tersengih tak kira masa. Mila terbersin pun aku boleh gelak besar.
Rumah lama aku dah jual. Aku tak nak duduk di situ dengan Alya. Aku tak mahu mengingatkannya tentang detik-detik sedih dalam hidup kami sepanjang bergelar suami isteri.
Sekarang ini aku dah beli kediaman baru. Lebih besar dan lebih elit. Aku tak sabar menunggu detik di mana aku membawa Alya masuk ke dalamnya. Aku harap dia suka. Aku harap dia masih sudi melakar kenangan manis bersama aku di kediaman baru kami nanti. Dia dah sudi panggil aku abang pun aku dah cukup seronok.
Sudah tiga hari sejak Alya berkunjung ke pejabat aku dan kerinduan aku bagai meluap-luap bila langsung tak ada titipan mesej buatku. Dia lupa agaknya aku ni suami dia...
Itu yang membawa aku ke sini hari ini. Tersadai di lot parkir di hadapan bangunan tempat tinggal Alya. Aku tahu dia bekerja sepenuh masa di rumah. Itu kata Josh, kawan sekerjanya di The Rosie Boutique.
Dengan semangat aku mendaki tangga untuk sampai ke atas. Mengetuk pintu bila aku sudah menapak di depan kediaman Alya di tingkat atas.
"Eh!" Bulat matanya bila terpandang aku sebaik dia membuka pintu. "Encik cari siapa? Sesat ke?" Setepek aku kena perli tapi ada nampak macam aku kisah?
"Abang datang nak cek bangunan. Boleh abang masuk?" Balasku bersahaja. Menyauk tangan di kedua belah poket sisi slack aku.
"Tak boleh! Pergi balik!" Dan dia berura-ura untuk menutup pintu. Aku sempat tahan dengan sebelah tangan dan meluru masuk tanpa di pelawa. Alya berdecit beberapa kali sebelum merapatkan pintu bila aku sudah menapak ke dalam.
Woahh~ Kiri kanan, depan belakang, semuanya mesin jahit pelbagai rupa dan bentuk. Hatiku dirundum sedih bila tahu selama ini Alya hanya duduk di dalam studio yang seluas ini. Selangkah ke bilik tidur, selangkah ke dapur. Bagi aku sangat sempit. Ditambah pula dengan kehadiran mesin di sana sini.
"Sayang duduk sini seorang?" Aku tak dapat menahan diri dari curiosity.
"Taklah. Ramai je housemates. Tu..." Dan dia tunjuk ke arah mesin jahit di kiri kanannya. "Buat apa sini? Tak ada kerja?" Tajam jelingannya menikam aku.
"Abang time off."
Aku nampak couch di tepi dinding tapi duduk bukan agenda aku ke sini. Bila kasut aku tanggalkan, aku menuju ke ruang dapur. Melihat-lihat apa saja yang ada di situ. Alya melirik ku dengan ekor mata tapi aku buat-buat tak nampak.
Satu-satu kabinet di atas aku kuak pintunya. Bersepah makanan ringan. Alya ke yang makan semua ni? Mengenangkan itu, aku makin dihambat rasa bersalah. Geleng kepala sendiri bila memikirkan itu berpunca dari tindakan bodoh aku dulu.
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...