~🌷Tiga-Puluh-Lima🌷~

2.9K 66 7
                                    

🌷

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♀️

"Dah balik pada Ziyad ni, jangan pula lari dari abang ye." Itulah pesanan Abang Am sewaktu aku dan Ziyad menghantarnya sekeluarga ke lapangan terbang.

Sebulan selepas aku kembali pada Ziyad, Abang Am akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke Australia. Edruce Liam juga turut sama menghantar keluarga itu ke airport. Memeluk setiap seorang anak, cucu dan menantunya dengan linangan air mata.

Jujurnya, lelaki itu tak adalah strict sangat. Kalau nak dibandingkan, Ziyad lagi susah nak berdamai dengan pesalahnya tapi Edruce Liam pernah cakap dengan aku dulu, sewaktu aku menumpang di rumah miliknya.

"May is the only daughter I had. I hukum dia atas pilihan yang dia buat tapi dalam masa yang sama I yang terkesan dengan hukuman tu. Hidup ini singkat, Amanda. Kalau boleh, di hujung-hujung nyawa ni I nak hidup aman dan tenang. I mean, without hold any grudge against another. And look at me now, I am the happiest father ever." Senyumnya melebar.

Bila saja dia tahu apa yang berlaku antara aku dan Ziyad dulu, dia banyak memberikan kata semangat. Memujuk aku untuk tidak lari dari masalah. Sama seperti Abang Am yang hampir setiap hari berdepan dengan amarah aku bila dia bercakap pasal Ziyad dan kemaafan.

Benar, salah faham mengajar kita mengenali pasangan dan keluarga kita dengan lebih baik lagi. Seperti aku dan Ziyad tentunya. Kami tak mungkin akan mempertahankan satu sama lain jika tak wujud salah faham di antara kami. Lambat atau cepat, satu masalah itu pasti akan selesai juga.

"Fikir apa?" Genggaman tangan Ziyad mengembalikan aku ke realiti. Kini kami dalam perjalanan pulang dari airport setelah menghantar Abang Am. Sebelah lagi tangannya mengawal stereng kereta.

"Tak ada apa. Cuma terkenang dengan hal-hal yang terjadi sebelum ni." Balasku tenang.

"Oh~ Setakat terkenang tu tak apa tapi sayang jangan ingat yang sedih-sedih pula. Tak elok untuk ibu mengandung." Dan seketika tapak tangannya jatuh ke perut aku.

Aku tersenyum. "You spoiled me with those attention and affection, abang." Aku tekap tapak tangan aku pada tangannya yang masih di atas perut aku.

"Mestilah. Abang kan pencinta isteri yang sejati." Kemudian dia tergelak.

"Kalau macam tu, saya nak makan boleh? Nak makan yang manis-manis." Aku kalih ke wajahnya yang dari tadi senyum melebar lepas puji diri sendiri.

"Manis... Macam mana tu? Kalau abang, abang suka manis honeydew. Awww... Berlubang tangan abang ni yaaanng!" Menjerit dia bila aku cengkam kuku pada kekura tangannya. Aku tahu lah apa benda honeydew yang dimaksudkannya tu. Dasar!

"Abang gurau je lah. Balik nanti, abang tolong sayang potong kuku tu. Dah panjang sangat." Dia berseloroh lagi membuatkan aku tergelak. Cepat saja aku cek kuku pada jemari sendiri.

"Kita singgah dekat kedai pastry yang saya suka tu, boleh?" Aku tanya lagi sebelum dia melalut lebih jauh.

"Boleh sayang. Everything for you."

Dan aku melebarkan senyum. Menatap sisi wajahnya dengan penuh rasa kasih. Ziyad sosok lelaki sempurna buat aku. Walau kami kadang-kadang tak sebulu disebabkan perangai mengusiknya tu, aku yakin, dialah sebenarnya lelaki yang dicipta khas untuk aku.

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now