~🌷Sembilan-Belas🌷~

1.5K 54 0
                                    

🌷

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♀️

"Dan kau percaya?"

Josh memandangku dengan mata membulat. Gigit bibir aku jadinya. Menyesal pula bercerita dengan mereka ni. Aku juga yang diajukan soalan KBAT.

"Eh, tapi kan..." Amira yang tadinya mengunyah jajan dan hanya berteleku di depan skrin telefonnya tiba-tiba mencelah di antara Josh dan aku.

"Logik juga tau kalau Natasya tu hanya buat cerita yang dia ada sesuatu dengan Tuan Syed. Sebabnya..." Tangan kembali menyumbat jajan ke dalam mulut. Naik gelak Josh dibuatnya.

"Sebabnya kau tu tak suka Natasya." Sampuk Josh dan gelak kami berhamburan. Lebih kepada gelak menganjing. Cemberut saja wajah Amira sambil sakan mengunyah jajan.

"Aku follow kot Instagram dia!" Amira mencebik. Langsung menyambung aktivitinya melantak jajan.

"Aku tanya korang eh, kenapa Tuan Syed cari Elly terang-terangan padahal dia tahu boss berkawan dengan Natasya? Dan hari yang Elly EL sebab tuxedo tu, Tuan Syed ada confess tentang marital status dia kat boss? Kenapa dan mengapa? Dia tak takut ke kalau Natasya dapat tahu kekasihnya pergi cari perempuan lain? Hah? Jawab!" Ujarnya lagi sambil memandang aku dan Josh silih ganti.

"Eh ada ke dia mengaku?" Terbeliak sekejap Josh. Aku juga. Jadi boss tahu lah kalau aku sebenarnya masih isteri Tuan Syed yang sah? Sebab aku pun baru jelas dengan status sendiri.

"Aku terdengar. Tuan Syed siap bagi duit untuk outfit tu tapi boss tak amik." Balas Amira selamba.

Suasana jadi sepi. Masing-masing berfikir. Masalah aku seorang tapi yang dua ni turut tertempias sekali.

"Kalau Elly balik dengan Tuan Syed pun, yang jadi orang ketiganya ialah Natasya! Korang ni faham ke tak maksud aku? Aku follow Natasya kat ig. Adalah dia announced pasal taken semua tu tapi aku tak nampak pula dia post pasal Tuan Syed. Tak macam kekasih dia yang sebelum ni, siap tayang satu dunia."

"Masuk akal! Tuan Syed sampai pergi ke Selatan sebab tak jumpa Elly kat sini. Gigih cari maklumat bila satu-satunya sumber dia boleh dapat pun, tutup mulut." Josh pula menambah. Jarinya mengetuk dagu sendiri.

Amira akhirnya mendekat ke aku. Memeluk bahuku lembut. "4 tahun Elly, korang terpisah jasad. Aku fikir, ini saatnya kau mulakan hidup yang baru. Dengan dia. Kau pun tak perlu sorok dari Nizam lagi." Pujukannya menusuk hati aku. Kenyataan juga sedang menampar aku ketika ini yang mana aku ini isteri yang sah buat Syed Ziyad. Kemana sajalah aku boleh lari...

"Ha'ah. Tapi in case malaun tu buat kau sakit hati lagi, biar aku bantai dia cukup-cukup." Josh juga setuju bila dilihatnya aku masih terkebil-kebil duduk di situ.

Aku menghembus nafas berat. "Dia bagi saya masa dua hari untuk cari dia. Kalau tak, dia letupkan The Rosie Boutique." Aku pandang Amira dan Josh silih ganti. Riak terkejut nyata tergambar di wajah masing-masing.

Tiba-tiba Josh bingkas bangun sambil menilik jam di tangannya. "Dah tu, pergilah cari dia. Aku tak ready lagi nak hilang tempat cari rezeki. Lunch hour pun dah nak habis. Jom Red, kita blah. Biar Elly dandan cecantik lepastu pegi cari Tuan Syed."

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now