~🌻Dua-Puluh🌻~

1.6K 57 1
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

Sehari berlalu bagaikan setahun lamanya. Inilah aku tak suka bila menjadi penunggu. Semua yang aku buat serba serbi tak kena. Ada saja yang membuatkan aku melenting.

Pagi ini saja aku dah meletup dua kali dalam internal meeting. Satu sebab report site tak di-submit ke aku walaupun due date dah lepas dan satu lagi sebab saluran penapis udara di warehouse masih tak diselenggara selepas 3 hari kerosakan. Entah kenapa aku tak boleh terima alasan mereka. Makanya semua jadi kecut bila aku naik angin. Nak pandang aku pun mereka rasa nak terberak agaknya.

Hari ini hari terakhir untuk Alya datang mencari aku. Kalau tak, aku dah bersedia nak serang The Rosie Boutique keesokan harinya. Apa nak jadi pun jadilah! Hal ini sebenarnya yang menganggu aku sejak balik dari selatan tempoh hari.

Aku mundar mandir di dalam office semasa kedatangan Natasya ke sini.

"I nak ajak you lunch." Itulah alasannya sewaktu dia menghenyek punggung di atas sofa.

"I'm not in the mood." Jawabku datar tanpa memandangnya. Sekejap-sekejap aku menjengah ke luar. Separuh dinding bilik adalah kaca transparent. Hanya pintu itu sahaja yang fully wood.

"Wait, did you expected someone?" Natasya menyoalku dengan nada curious seperti biasa.

"Yes I do." Aku masih mundar- mandir di situ. Tiada guna sebenarnya aku menjengah ke luar walaupun ia berdinding kaca sebab enterance hallway menuju ke pintu tak boleh tinjau pun siapa yang datang ke sini. Hanya deretan workstation staff aku yang terbentang di sebalik dinding kaca itu. Tapi sekadar nak sedapkan hati sendiri. Kot-kot lah tiba-tiba Alya berdiri di sebalik dinding tu. Ah, stress!

"And who is the guest?" Natasya masih menyoal ingin tahu.

"Why you concerned?" Balasku sedikit tegang. Kehadiran Natasya memang aku tak alu-alukan di sini. Aku tahu kenapa dia dapat masuk ke office aku sebab dia dah bertekak dengan Mila sebelum dia sampai ke sini. Bukan sekali dua terjadi, banyak kali dah pun.

"Yeah, I am just asking. Sebenarnya you pergi mana lately? I cari you kat sini, tak jumpa. Call, message pun you ignored." Suaranya kedengaran merajuk tapi itu semua makin merimaskan aku. Kalau dia ni si Nadim, lama dah aku halau keluar.

"I ni nampak macam suami you ke sampai kena bagitahu semua dekat you?" Aku memandangnya dengan hujung mata. Nyata wajahnya cemberut ketika ini.

"Stop annoying me, Ziyad. I am concerned because you are my friend!"

"Concerned dan busybody tu dua perkara yang berlainan tau Tasya. I'd keep telling you, don't disturb me! You ni macam tak ada kerja lain." Kan dah kena sembur. Aku ni sedang berusaha menahan lahar amarah dalam dada. Janganlah ada sesiapa mencari pasal dengan aku sekarang.

"Sorry but still I am inviting you to lunch with me." Suaranya mengendur bila menyedari perubahan suara aku.

"I. Am. Not. In. The. Mood. And. I. Don't. Want. To." Aku sengaja tekan satu persatu perkataan tu. Celah mana entah yang dia tak faham. "Sorry but you better leave." Ujarku lagi. Minta lah dia ni memahami situasi aku.

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now