🌻
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻
♂️Aku sabar menanti. Hampir terlelap juga sebenarnya bila ruangan bilik ini begitu selesa dalam pengamatanku. Katil bersize king di depan mata bagai melambai aku untuk menghenyek tubuh di atasnya tapi aku tahan niat itu. Orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih dan sekarang ini masanya untuk aku menuntut semula hak aku. Tak kisah lah kalau orang kata dah terlambat pun. Aku tak peduli.
Aku tilik jam di tangan. 12.45 tengah malam dan aku pasti manusia itu lambat laun akan masuk ke sini juga. Aku dah bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku. Alang-alang menyeluk pekasam.
Kreekkk!
Pintu dikuak dari luar dan aku membatu di tempatku tadi. Cahaya bilik yang hidup segan mati tak mahu itu membataskan penglihatan sesiapa akan kewujudan ku di sini. Telahan ku benar bila susuk manusia itu masuk seorang diri bila akhirnya dia rapatkan daun pintu dan menguncinya. Aku tak mampu nak sembunyikan senyum herot."Penatnya..." Aku dengar dia mengeluh. Memicit leher yang dibaluti shawl. "Kenapalah aku yang terlibat kat sini. Tau tak penat..." Dia membebel lagi.
Langkah itu di bawa ke tepi katil. Melabuhkan duduknya disitu sambil menumbuk manja bahunya sendiri.
"Miang keladi. Tua-tua pun gatal! Tak sedar rumah dah kata pergi, kubur melambai datang."
Aku tergelak dalam hati. Entah siapa yang dia sedang cemuh sekarang tapi jujur aku terhibur. Cebikan dari bibir rose itu menandakan yang dia betul-betul geram.
Saatnya dia menguraikan shawl yang membalut kepalanya. Dadaku berombak hebat bila rambutnya terdedah. Disikat dengan jari sebelum disanggul menjadi messy bun. Leher yang terdedah itu membuatkan halkum aku turun naik. Liur terasa payau mengalir ke rongga leher.
Hanya dia wanita yang mampu membuatkan aku tidak keruan seperti sekarang. Tidak ada yang mampu membuatkan aku turn on melainkan wanita yang sedang aku stalk sekarang ini. Kalau tak memikirkan apa yang pernah membuatkan kami terpisah begini, dah lama aku terkam. Menggomol semahunya leher putih mulus yang sekian lama aku rinddukan itu. Ah, gila!
Bila rambutnya dah rapi, palazo itu pula dilepaskan dan aku kejung di situ. Di depan mata aku sekarang ada susuk wanita yang separuh bogel. Itupun wanita yang sangat aku rindui. Perasaan dan keinginan aku bagai didera hebat.
Matanya kelihatan menahan kantuk. Dipejam celik beberapa kali sebelum bangkit menuju ke arah pintu wardrobe. Blouse yang terselak ketika dia melompat bangun menampakkan panties lace warna maroon di sebaliknya. Dada aku bagai mahu pecah sekarang ni. Walau dalam kesamaran cahaya, dapat ku lihat dengan jelas hip kegilaan aku itu berayun kiri ke kanan bila dia melangkah.
"Eh, mana pula towel?"
Aku tengok dia garu kepala. Sebahagian atas tubuhnya terlindung di sebalik wardrobe dan punggung bulat itu menjadi santapan mataku. Oh, gila kuasa dua! Aku urut dada, meredakan ombak yang kian menggila tapi ada sesuatu milikku yang berdenyut hebat sekarang ini. Aku makin gila kuasa tiga!
Akhirnya, "Adapun!" Suara lunak itu berkumandang lagi dan di tangannya memegang satu kain putih yang aku kira tuala yang tadi di carinya. Dia membalikkan tubuh. Kembali mendekat ke katil dan meletakkan tuala tadi. Sekali lagi aku menonton moment yang sama. Parah dadaku menahan rasa! Dalam keadaan yang berdiri menghadap ke aku yang masih bersembunyi di situ, dia mula lepaskan butang blousenya satu persatu bermula dari atas.
Aku dengar dia bergumam perlahan. Kali ini bukan bercakap tapi suaranya mengalunkan nada lagu. Aku tahu lagu itulah yang selalu dia nyanyikan dulu ketika memasak di dapur, atau ketika menyumbat kain cucian ke dalam mesin, ketika menyidai atau mengemas. Lagu itu yang selalu keluar dari ulas bibir rosenya. "Wise man says, only fools rush in... But I can't help. Falling in love with you..." Nada iramanya terhenti bila dia berdehem. Ada butang yang sukar dia leraikan.
Aku seolah terpukul di tempat persembunyiaan. Wanita itu terlalu sempurna. Selalu menghargai untuk hal-hal yang kecil. Tingkahnya ikhlas. Tapi salah aku semuanya. Aku gelap mata dalam menilainya.
Dia berdecit bila butang itu seakan tak dapat dileraikan. Tapi seketika bibirnya menguntum senyum bila butang ketiga itu akhirnya terlepas. Kali ini aku dapat lihat bra berona sama dengan panties lace, di sebalik blouse yang ku kira sekejap lagi akan terlepas dari tubuh. Lurah dadanya jelas kelihatan membuatkan aku makin berpeluh di sini.
Oh! aku tak sanggup lagi menonton. Sesuatu yang keras dari dalam seluar slack aku makin menghambat rasa. Aku perlu hentikan penderaan ini.
This girl was going to be the death of me!
"You look stunning." Dan akhirnya aku berdiri menampakkan diri. "From the top to bottom, beautiful as always. Hot and sexy and now... You just drive me insane with all the simple act."
Dia terkejut bukan main. Terbuntang matanya melihat aku berdiri di depannya. Statik seketika sebelum menyedari keadaan dirinya. Half naked!
"Jangan cuba nak menjerit atau semua orang akan sedar kita ada dalam bilik ni." Aku tayang smirk. Langkahku kembali mendekat membuatkan dia terkecoh kecoh meraba sesuatu di birai katil. Tangan pantas mencapai tuala sebelum dililitkan pada tubuhnya dan digenggam kemas pada dadanya. Jelas kelihatan tangannya menggeletar.
"Keluar!" Dia bersuara tegas sambil telunjuk terarah ke pintu.
Aku tayang smirk lagi. "Ok." Kataku tapi lambat lagi aku nak keluar malahan aku semakin mendekat ke arahnya.
Setapak aku mara, setapak dia ke belakang.
"Syed Ziyad, keluar! Atau saya jerit sekarang." Dia cuba mengugut tapi aku makin galak. Dia pun tahu natijahnya kalau dia menyedarkan orang lain tentang keberadaan kami sekarang.
Smirk lagi.
This going to be a long night... Dan satu persatu butang kemeja pada tubuhku, aku rungkai perlahan sementara aku mara ke arahnya setapak demi setapak.
Apa nak jadi pun jadilah!
.
.
.
.
.
🌻
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
Genel Kurgu[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...