~🌻Dua-Puluh-Lima🌻~

1.4K 48 0
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

"Mila, in my room!" Aku bersuara sebaik saja melewati meja Mila di kananku dan tanpa menunggu sebarang reaksinya, aku meluru laju ke dalam office.

Pagi yang berlainan. Pagi yang berbeza dari pagi-pagi yang sebelumnya. Sebab aku pergi kerja hari ini, isteri aku yang siapkan. Aku nak jerit nak bagitahu semua orang yang aku ini ada isteri di samping aku!

Banyak hari aku melawat dia ke studio sempit tu. Macam-macam alasan aku bagi. Mulanya dia berkeras juga nak duduk situ, dekat dengan The Rosie Boutique. Tapi bila aku minta umi yang pujuk Alya, barulah dia setuju. Stubborn girl!

Tak terkata bahagianya bila bangun saja dari tidur, wajah comel Alya menyapa mata. Melihat dia kelam kabut menyiapkan sarapan, menyiapkan aku, menyiapkan dirinya sendiri... Ya Allah, aku terasa bagai hidup, bernafas dan hidup lagi. Aku tak dapat menahan sebak bila aku temukan umi dengan Alya. Moment paling bahagia bila melihat dua wanita yang kau cinta ada di depan mata.

Terkocoh Mila sambil memegang i-pad di tangannya. "Boss..." Agak kalut dia berdiri di depan aku.

"Aku nak pegi honeymoon tapi aku nak bawa semua orang. Can you arrange that?"

Mulutnya terbuka kemudian tertutup. Seketika dia seperti mahu mengatakan sesuatu tapi mungkin takut kalau aku melenting. Selamba terhambur gelak aku. Itukah yang dia alami setiap kali aku memanggilnya?

"Breath, Mila. Speak loud and clear, just ask me anything that bother you." Aku bersuara lebih ramah. Seperti kata Alya, aku perlu kawal ton suara. Kalau tak marah sekali pun tapi bercakap macam telan microphone, serupa juga dengan orang yang sedang marah.

"Ok ermm... Boss nak honeymoon ke mana? Nak bawa semua orang tu, siapa? And last but not least... Saya tak dengar pun boss kahwin dengan Natasya. I mean... Err... Sorry but there's no one told me so." Mungkin itu ayat terpanjang Mila berkaitan personal aku setakat ini. Dan meletus gelak aku akhirnya. Aku lihat dia menyengih dan garu-garu pelipisnya.

"Mila, I am married but my wife is not Natasya. So, aku nak ajak all the Aktharian pergi sekali. I mean all the employees. Kita pun tak pernah buat gathering, am I right?"

Laju Mila angguk. Senyumnya menguntum. Teruja.

"So it's your tasks to discuss with the rest dekat mana kita boleh buat family gathering and don't forget, I am in honeymoon mood. Pick the suitable venue. Clear? Why you smile so wide?"

Membulat mata Mila tapi senyumnya tak pudar. "Boss handsome hari ni." Dan gelak aku meletus lagi.

"I am happy, Mila. That's it."

Perbincangan aku dengan Mila berlanjutan selama setengah jam selepas itu.

Nadim sampai agak lewat bila aku kata nak lunch dengan dia hari ini. Dia yang masih memakai seragam biru gelap itu kelihatan berpeluh-peluh macam baru habis kejar penjenayah.

"Aku dah masuk rumah baru. Kau bila ada masa free? Nak minta install cctv for safety purpose."

Seketika Nadim mengetuk dagunya. "Kau pergi short-vacay tu bila? Lepas kau balik nanti lah aku suruh budak-budak ni install." Balasnya.

Aku angguk, kedengaran bagus bunyinya. Tapi apa yang bakal aku cakap lepasni mungkin tak bagus untuk pendengaran Nadim. "Member kau... Nizam..." Teragak juga aku nak bagitau. Jangan dia acu pistol yang tersisip pada hardness di sisi tubuh dia sudah.

"Ahmad Nizam, kenapa dengan dia?" Soalnya sambil mengerut dahi.

"Adik Nizam, sebenarnya..."

"Oh! Kau dah jumpa eh?" Membulat mata dia seolah tak percaya. Diteguk jus yang ada di depannya.

"Amanda Alya tu sebenarnya isteri aku."

Puffft!
Menyembur jus oren dari mulut Nadim. Seketika dia kalut mengelap mulutnya dengan napkin di hujung meja. "Sorry. What?" Membulat mata dia memandang aku.

Kalau begini lah reaksi Nadim, macam mana pula agaknya reaksi Nizam. Adui parah!

"Biar betul kau ni! Nizam tengah kalut cari adik dia, tahu? Nasib saja dia belum report polis lagi. Kalau aku yang handle kes ni, ke dalam kau nanti!" Wajahnya membengis. Aku ni takut satu je, kot- kot dia acu Glock tu kat aku, berlubang kepala aku nanti.

"Calm down, ok. Aku boleh explain kenapa aku tak berterus terang dengan Nizam hari tu. Kau pun bawak-bawak lah bersabar. Kau tu dah lah tengah bawak pistol sekarang ni..." Aku menyengih menampakkan rasa bersalah aku.

"Explain!" Tegak duduknya selepas itu. Memandang aku dengan bengis. Aku bagai pesalah di sini. Seolah sedang disoal siasat dan kena pula Nadim sedang memakai uniform inspector sekarang ni. Parah kuasa dua.

Jadinya, membentanglah aku di depan Nadim. Kalau ada slide presentation pun dah lama aku layarkan di depan mata dia.

"Jadi, bila kau nak bagitahu Nizam pasal ni?"

Aku angkat bahu. Aku tak pernah lagi bagitahu Alya yang aku dah pernah jumpa Nizam sebelum ni. Dia pun macan tak ada tanya aku apa-apa pasal gambar yang hari tu. Entah, lepas aku berbaik dengan Alya, semuanya jadi senyap. Alya pun tak mengungkit, jadi aku pun tak adalah nak membangkit.

"Baik kau terus terang, bro. Kalau dia dapat tahu dari orang lain, lagi-lagi dengan apa yang terjadi sebelumnya... Aku takut dia bawa adik dia jauh dari kau." Nadim memberi amaran keras.

"Aku kena berbincang dengan Alya soal ni."

"Wajib!"

Tersentak aku bila dia tepuk meja.

"Nizam upah PI kau tau... Tapi tak ada pula dia update apa-apa dekat aku setakat ni."

"Aku tak kisah kalau dia hambat aku pun. Dengan apa yang aku dah buat, aku layak kena penumbuk dia. Cuma aku takut aku bakal hilang isteri selepas ni." Aku mengeluh. Aku tahu, lambat laun aku kena juga hadap kebimbangan yang satu ni. Bukannya aku tak ada contact number Nizam. Kami sempat bertukar nombor masa aku temankan dia mencari ole-ole untuk familynya dulu.

Kalaulah masa tu aku dah berbaik dengan Alya, tak adalah hal ini menjadi rumit seperti sekarang.

Aku baru nak bahagia. Alya belum pun ucap kata keramat yang sekian lama aku tunggu tapi kebimbangan dah terpampang depan mata.

Allah, permudahkanlah urusan aku.

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

🌻

Alya Untuk Ziyad

❤️

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now