🌷
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♀️
Pantai Teluk Kemang menjadi destinasi mereka. Aku fikir, sebahagian besar kawasan pantai di conquer oleh Akhtarian saja. Dan paling aku happy, Ziyad jemput sekali The Rosie Boutique untuk turut sama dalam gathering. Umi dan Mak Som tak terkecuali.
Banyak aktiviti outdoor khususnya dan aku di sini tercacak di tengah-tengah bulatan bila aku turut serta dalam game bola pantai. Pasukan perempuan menentang pasukan lelaki. Sorakan menggila di sekeliling.
Yang aku geram tu, bila saja aku yang mengawal bola, mesti Ziyad main kotor sampai aku terlepas bola. Memanglah aku menggerang geram. Tengah-tengah berlari nak sumbat gol ke depan, tiba-tiba kaki aku dah tak cecah pasir. Rupanya Ziyad menjulang aku tinggi dan membuka peluang pasukannya merebut bola. Bengang betul!
"Kita akan kalah teruk kalau macam ni..." Mengomel Sarah di belakang aku. Salah seorang staff Ziyad di bahagian HR. "Puan buatlah sesuatu, boss tu main tipu lah!" Dia seakan membentak tak puas hati.
"Dorang semua tu main tipu!" Balasku geram. Aku pun tengah berasap ni sekarang. Markah juga sudah ketinggalan jauh.
Nasib Amira juga sama, bila saja dia yang mendapat bola, Josh yang sepasukan dengan Ziyad akan mula naik tanduk macam captain nya juga.
Fikir Alya! Dan akhirnya idea mencurah-curah dalam kepala. Bila kami diberi 5 minit time off, aku mula kumpul pasukan aku. Membisikkan idea-idea gila yang bersarang dalam kepala. Tergelak besar mereka mendengarnya tapi sangatlah di setujui.
Bila Mila meniup wesel yang seterusnya, seperi aku agak, bola sudah ada di kaki Ziyad. Dia tendang dan dapat pada seorang dari team Ziyad. Bila bola dapat semula pada Ziyad, sekuat tenaga aku berlari ke arahnya sebelum aku menolak sisi tubuhnya membuatkan dia berguling jatuh di atas pasir. Gelak menganjing dari aku susah nak kawal, meletus juga. Masa tu lah aku pass bola dekat Sarah yang disaingi hebat oleh Josh di sebelahnya.
"Sayang main kasar!" Terpekik Ziyad di belakang aku. Uii macamlah dia ikut sangat peraturan yang Mila bentang sebelum permainan.
"Siapa entah yang mula." Aku ketawa mengejeknya.
Giliran Amira pula menolak badan Josh dan selebihnya memainkan peranan masing-masing. Senang saja kami merebut gol. Semua orang bersorak. Mila juga berdekah buat tak endah bila kami terlalu jauh dari rules.
Adakalanya aku buat-buat jatuh menyebabkan Ziyad akan meluru ke arahku, meninggalkan bola dan team aku akan main peranan. Bila aku tergelak, bukan main dia cemberut.
Game berakhir dengan kemenangan tipis. Kami hanya terlebih 1 mata saja tapi semua puas hati. Masih ada yang bertikam lidah but in the good vibes.
Malam terakhir kami menyediakan juadah sendiri. Memasak dan membakar di tepi pantai. Main beberapa game dan bertukar-tukar cerita, ini adalah momen paling seronok dalam hidup aku.
Aku tak pernah tak blushing kalau kerumunan manusia itu mengooohh dan mengaaawwkan moment romantik aku dengan Ziyad. Ziyad pula tak segan silu memperlakukan aku macam tak ada orang yang menonton kami. Dasar!
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...