🌷
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♀️
Aku tahu kemampuan seorang Syed Ziyad. Walau aku mengenalinya hanya 3 bulan lebih dulu, aku tahu apa yang dia mampu buat bila dia berkehendakkan. Seorang CEO di usia pertengahan 30-an cukup membuktikan yang kuasa dan pengaruhnya di hujung jari telunjuk.
Aku tak hairan kalau dia tahu aku di sini. Amira banyak kali bagitahu aku yang hampir setiap hari Syed Ziyad muncul di The Rosie Boutique mencari aku. Walau mereka diamkan tentang keberadaan aku, aku tak terkejut sangat bila akhirnya dia pasti akan menjumpai aku.
Dan malam ini bila dia kata dia tak menempah bilik, aku tahu dia tipu. Dia boleh dapatkannya dengan mudah kalau dia nak. Petik jari saja.
Sebab itu, aku keluar dari bilik air dengan memakai pijama lengan panjang. Tak cukup dengan itu, aku sarung lagi hoodie pada tubuh. Pinggang seluar panjang itu aku ikat mati talinya. Tak cukup itu, aku tepek bedak sejuk kat muka. Biar nampak macam hantu kapur pun.
Sebab aku tahu dia lelaki, dia suami dan dia berhak. Hanya aku yang tak mahu menyerah selagi kekeliruan aku tak terungkai. Masih banyak yang aku mahu katakan, masih banyak yang aku mahu tanyakan sebelum memberi izin tubuhku disentuhnya.
"Nak pinjam hoodie abang tak?" Kemudian dia tergelak melihat aku sebaik saja aku muncul dari bilik air. "Pasti ke bedak tu dah cukup tebal? Tak nak touch-up lagi banyak?"
"Diamlah!" Aku membentak. Aku sengaja bungkus kepalaku dengan tuala sebelum menghumban diri di atas katil. Menarik duvet hingga ke pangkal leher.
Ziyad yang duduk di hujung katil masih tergelak. "Itu, self protection ke macam mana? Tak cukup tu, sayang. At least kene lapis lagi dengan dua atau tiga helai baju." Dan dia sengaja tarik duvet dari arah hujung kaki ku.
Aku rentap semula hujung duvet yang tertarik sampai ke pinggang. Menariknya semula hingga ke pangkal leher. "Kalau awak tak nak kena halau keluar pagi-pagi buta ni, baik buat hal sendiri. Esok, saya complaint dengan hotel management. Suka-suka saja share-kan orang dalam satu bilik. Pencerobohan privacy, tahu tak?" Aku berpaling ke sisi, memalingkan pandangan jauh dari keberadaan Ziyad. Malas nak hadap mukanya yang tersengih tergelak menyakitkan hati. "Pergi jauh sana..!" Aku mendengus geram. Sempat aku sepak tangannya yang menopang badan sendiri di hujung kakiku. Meletus lagi gelaknya.
Seketika suasana jadi sunyi. Aku pusing badan perlahan. Nak tengok manusia tu dah tidur ke atau macam mana. Tiba-tiba gelaknya tak lagi kedengaran. Tapi mataku membulat bila Ziyad tak lagi berbaju. Dia berura-ura mahu meleraikan lilitan tali pinggang seluarnya.
"Eh! Eh! Eh! Awak buat apa tu?" Aku pula yang bagai histeria. Siap menyingkap duvet dan berdiri di tengah-tengah katil. Ziyad memandang aku dengan dahi yang berkerut. Dia yang berdiri di atas lantai mendongak aku yang dah siap sedia berkuntau di atas katil.
"Abang nak mandi lah." Dia mengusap tengkuk. Mungkin hairan dengan aku yang tiba-tiba tercacak macam pochong. Kemudian dia menyeringai. "Sayang nak mandi lagi sekali ke? Dengan abang..." Bibirnya menyungging jahat dan kembali mengerjakan cakupan pin pada kepala tali pinggangnya. "Jom..." Katanya lagi menakutkan aku.
Aku garu kepala yang berbalut dengan tuala. Ada juga yang makan kaki kejap lagi. "Dekat bathroom baru buka kain lah. Pergi sana!" Hampir aku mengamuk. Geram saja dengan wajah bersahaja Ziyad di hadapan.
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...