🌷
.
.
.
.
.Aku sedaya mengukir senyum. Disebabkan insiden ini, aku mungkin bakal dibuang kerja dan tak ada guna lagi aku untuk terus hipokrit. Senyumku kemudian mati dan perlahan aku capai gunting di sisi meja sebelum aku sua ke depan Ziyad.
"Saya tahu, tuxedo tu dijahit oleh tangan seseorang yang kotor. Nah, Tuan ambil ni dan hancurkanlah sampai ia jadi cebisan. Biar bala si pendosa tu tak melekat pada sesiapa yang ada kaitan dengan Tuan. Tak apa, saya boleh keluar sekarang. Saya harap Tuan cari tukang jahit yang tak kotor macam saya."
Air mukanya berubah. Tadi bukan main berlagak dia silang tangan ke dada sambil senyum herot. Sekarang dia memandang aku dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
"Alya, abang tak bermaksud..."
Aku angkat tangan menghentikan dia dari terus berkata. "Tak apa, saya faham. Salah saya sebab sebelum ini dah diberi amaran supaya keluar dari hidup orang tu tapi saya muncul juga di depan matanya. Untuk itu, saya minta maaf." Aku capai beg galas yang ada di atas bangku belakang aku. Menyauknya ke bahu dan aku melangkah deras meninggalkan ruangan workstation aku sendiri.
Menjengah ke ruangan depan, aku tak mampu lagi kawal air mata. Ia tumpah saat itu juga. Saat di mana Rahul sedang merenungku tanpa berkelip. Mulutnya terbuka kemudian tertutup semula tapi tak ada perkataan yang keluar.
"Alya!"
Panggilan itu bergema di belakang tapi aku tak peduli. Aku melewati Rahul yang masih hairan dengan tingkah aku. Tanpa sepatah kata, aku tolak pintu kaca itu dan melolos keluar. Aku benar-benar rasa terhina tadi.
4 tahun lepas, dia panggil aku kotor dan menceraikan aku dan hari ini dia kata aku tak salah dan mengaku aku ini masih isteri dia. Inilah sebenarnya penghinaan yang besar. Aku tak mampu menghadapnya lama-lama. 4 tahun aku hidup dalam fitnahnya dan bila aku semakin melupakan memori pahit itu, dia datang kembali. Mengungkit.
Langkah deras yang aku atur itu serta merta terhenti bila ada dua tangan kekar mencakup bahuku. Dari harumannya yang masuk ke rongga hidung, aku tahu itu siapa.
"Alya, ampunkan abang untuk semuanya. Ampunkan abang untuk hal 4 tahun lepas dan ampunkan abang atas apa yang berlaku tadi." Suaranya bergetaran. Cakupan tapak tangannya kukuh membuatkan aku sukar mahu melepaskan diri.
"Abang salah menghukum Alya. Abang baru tahu itu semua fitnah. Alya tak salah, sayang. Abang yang khilaf."
"Lepaskan saya Tuan Syed sebelum kita jadi tontonan." Aku bersuara tegas. Dah tak ada guna lagi pun nak ungkit semua yang dah berlaku. Hati aku yang dulu pernah sakit, dah sembuh sebenarnya tapi sekarang luka itu kembali berdarah.
Perlahan dia lerai tangan. Aku membalikkan tubuh menghadapnya. "Macam yang saya cakap tadi, saya tak marah dengan sesiapa jadi tolong jangan cari saya lagi." Aku masih bernada sopan. Sekurang-kurangnya aku tunjuk kat dia apa yang aku katakan adalah benar. Aku tak marah. Cuma terkilan.
"Alya, tolong beri..."
"Cukup! Cukup!"
Perasan ada satu teksi berhenti di tepi laluan pejalan kaki, aku pantas menahannya. Seorang penumpang keluar dan aku menerobos masuk.
"Pakcik, jalan." Pintaku seakan cemas. Aku cuma tak mahu diekori. Pemandu teksi itu kelihatan teragak-agak tapi tetap saja menurut apa yang aku katakan.
Namaku dipanggil berulang kali dan suara itu semakin hilang bila teksi yang ku naiki tadi semakin jauh berjarak.
Aku hembus nafas berat. Tak faham dengan Syed Ziyad. Aku yakin dia bukan sejenis orang yang menjilat ludah sendiri. Dari keperibadiannya yang aku kenal, dia tegas dan cepat melenting. Walaupun dia suka mengusik tapi panas barannya kadang-kadang menakutkan aku. Tapi sekarang aku dah tak faham lelaki itu berubah seperti apa.
"Ada masalah yang hanya boleh selesai dengan menghadapnya, anak. Semakin kita lari, semakinlah ia mengejar."
Aku angkat wajah bila ada suara memenuhi ruang teksi tadi. Mataku bertembung dengan pandangan sekilas pakcik teksi itu pada cermin pandang belakang. Aku mengukir senyum.
"Allah uji kita sebab Dia nak tengok sejauh mana kita kuat menghadapnya. Tapi Dia tak akan suka-suka bagi ujian diluar kemampuan kita. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Kuncinya, sabar dan tawakal." Buah nasihat itu berkumandang lagi dari mulut pakcik driver.
"In Sha Allah, pakcik. Terima kasih atas nasihat tadi." Hanya itu yang termampu aku balas.
"Anak ni nak turun mana?" Sekali lagi dia memandangku melalui cermin yang tergantung di depan nya.
"Taman Medan, pakcik."
Dan pakcik itu angguk saja. Aku memaling wajah ke sisi. Menjatuhkan pandang ke luar. Menyaksikan kesibukan jalan raya tengah hari itu. Waktu lunch sepatutnya. Tentu Amira dah kacau aku di workstation aku kalau jam menjengah 1 petang. Josh pasti dah mencanang cafe atau restoran mana nak lepak nanti. Tapi mungkin hari ini atau esok atau lusa, aku bakal dibuang kerja.
Cik Tasya tu bukan calang-calang orang. Anak Datuk. Kain tuxedo yang aku jahit itupun sudah mencecah harga ribuan ringgit untuk 1 meter. Allahu. Macam mana kalau aku disuruh bayar ganti rugi? Celah mana pula aku nak cekau duit?
Walaupun secara teknikalnya bukan aku yang merosakkan outfit orang kaya tu tapi pastilah aku yang dipersalahkan.
Hal tuxedo tu sebenarnya aku tak risau sangat tapi aku keliru dengan status aku sama ada aku ni janda atau isteri orang, hanya Allah dan Syed Ziyad yang tahu.
"Kita dah sampai, nak."
Suara pakcik mengejutkan aku. Pantas aku sapu hujung mata dengan belakang tapak tangan. Mengukir senyum sebelum menghulur duit tambang. "Terima kasih, pakcik." Ucapku kemudian.
Pakcik itu angguk. "Banyakkan bersabar. Kalau tak ada bahu orang lain untuk menumpang sandar, kita masih ada lantai untuk bersujud. Semoga anak bertemu kebahagiaan dan sentiasa dalam lindungan Allah." Segaris senyumnya terpapar.
Teksi itu meluncur pergi meninggalkan aku yang masih tercacak di bahu jalan. Entah kenapa bicara itu sangat dekat dengan hati, syahdu menikam jiwa sampai aku kembali menumpahkan air mata.
Setelah hujan air mata ku reda, telefon dalam beg galas aku sauk. Cukup menghantar mesej ke Amira yang aku tak masuk kerja lepas lunch. Emergancy leave. Esok aku akan hadap semuanya. Hari ini biarlah aku pergi melepaskan rindu buat mereka yang aku sayang.
Tanah perkuburan Taman Medan. Pusara papa dan mama.
.
.
.
.
.
🌷
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...