5

109 11 0
                                    

Jimin menendang meja milik Jaeyoon membuatkan satu kelas terdiam. Chenle yang sedang bermain game di meja sudah lali dengan perangai berang Jimin.

"Mana homework Aku? Jangan kata kau tak siap" kata Jimin sambil memeluk tubuhnya. Dibelakang Jimin, ada Minjeong dan Aeri yang sedang tersenyum sinis kepada Jaeyoon.

"Yoo Jimin, kau langgar arahan Jaemin hyung ke?" Sampuk Chenle sambil matanya fokus memandang skrin telefon.

"Kau tak payah sibuk, Zhong Chenle" ujar Jimin sambil menjeling kearah lelaki cina itu.

"Aku cuma ingatkan je. Jangan sentuh 'barang' Jaemin kalau kau nak hidup lama" pesan Chenle membuatkan satu kelas itu terdiam.

"Barang Jaemin? Jaeyoon ke?"

"Diaorang dah buat hubungan ke?"

"Muka nerd tapi perangai macam pelacur"

Beberapa pelajar perempuan mula bersuara. Mereka merupakan penggemar kepada Jaemin.

"Hoi Jaeyoon, best tak buat night stand dengan Jaemin?" Soal salah seorang pelajar perempuan yang duduk dihadapan meja guru. Pertanyaan gadis itu membuatkan satu kelas menahan gelak.

"Gila tak best? Dahlah Jaemin tu handsome tambah pula badan Jaeyoon yang mantap. Aku tengok pun terliur" sampuk seorang pelajar lelaki membuatkan Jimin tersenyum sinis apabila melihat Jaeyoon sudah menundukkan kepalanya.

Jeno memandang Jaemin yang sedang membuat ulangkaji. Mereka berada di perpustakaan memandangkan sekarang tiada guru dikelas mereka.

"Aku tahu kau bengang dengan Mark tapi tak payahlah nak tunjuk" kata Jeno dengan berbisik kerana mereka berada di perpustakaan.

Jaemin menatap tajam kearah Jeno sebelum sambung ulangkaji.

"Appa bebel camtu sebab nak suruh kau belajar–" Jeno tak habis cakap, Jaemin sudah sampuk terlebih dahulu.

"Daripada kau bebel, baik kau study kalau taknak Appa pancung kepala kau" ugut Jaemin lalu sambung ulangkaji.

Mereka telah dipaksa oleh Appa mereka untuk belajar. Taeyong dan Mark sudah melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan keputusan CSAT yang cemerlang. Sebab itu Jaemin dan Jeno berada di perpustakaan.

"Appa ni pun satu, sayang sangat anak sulung dia tu. Menyampah" sempat Jeno kutuk ayahnya sambil membuka buku bahasa Korea.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now