39

83 7 0
                                    

"Karina" Jeno, Haechan dan Renjun memandang Jaemin. Mereka berada di bilik kerja sambil memerhati komputer riba yang memaparkan tayangan cctv petang tadi.

"Macam mana dia masuk? Bukan kawalan rumah kau ketat ke?" Soal Renjun dengan kehairanan.

"Dia kan 'ular'. Masuk pun orang tak tahu. Penuh dengan taktik" sampuk Jeno.

"Patutlah Karina menghilang sejak akhir-akhir ni. Jarang nampak dia kat mansion The Dragon" kata Renjun. Karina merupakan satu-satunya ahli perempuan dalam The Dragon.

"Bukan jarang nampak, tapi Taeyong hyung dah keluarkan dia dari The Dragon" Jaemin bersuara membuatkan Renjun dan Haechan terkejut. Mereka berdua memandang Jeno dengan pandangan tidak percaya.

"Serious lah? Asal Aku tak tahu?" Soal Renjun dengan tidak percaya. Seingatnya, Karina juga orang yang paling Taeyong percaya selepas Jeno dan Jaemin.

"Dia buat hal. Dia curi database kita pastu jual ke group mafia lain. Sebab itu sejak akhir-akhir ni, The Wolf serang kita sebab ada ular putih tu" kata Jeno. Renjun dan Haechan hanya angguk kepala mereka.

"Jadi, macam mana?" Soal Haechan setelah mereka diamkan diri.

"Aku nak bunuh Karina" balas Jaemin namun Haechan menghalang.

"Woo sabar bro"

"Nak sabar macam mana? Dia dah cederakan Jaeyoon! Kau buta ke, Haechan?!" Soal Jaemin. Makin lama, dia risau akan keselamatan Jaeyoon. Macam mana kalau Karina bunuh Jaeyoon?

"Kau ingat Karina tu bengap ke? Dia tu pandai bersembunyi. Entah-entah ada orang dalam yang bocorkan pergerakan kau. Mana kita tahu?" Kata Haechan. Jaemin diam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Haechan.

"Entah-entah kau" sampuk Renjun dengan tenang.

"Eh budak pendek ni. Mau gaduh ke? Fight with me ah!" Haechan sudah membuat gaya mahu menumbuk Renjun.

"Meh meh, dah lama Aku tak gaduh dengan kau" kata Renjun pula.

Lalu, dia lelaki itu mula bergaduh dengan sesi menampar seperti perempuan gaduh.

"Jaemin" Doyoung muncul di muka pintu. Lelaki itu baru sahaja selesai merawat luka Jaeyoon.

"Jaeyoon nak jumpa dan lagisatu—" belum habis Doyoung cakap, Jaemin sudah menolak tubuh Doyoung ke tepi.

"Tepi!" Jaemin berlari ke tingkat bawah, mencari Jaeyoon sambil meninggalkan bilik kerja itu.

"Ni, apahal engko berdua bergaduh?" Soal Doyoung sambil bercekak pinggang memandang Haechan dan Renjun yang bergaduh sambil tarik-tarik rambut.

"Mati kau!"

"Kau lah yang mati!"

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now