26

100 10 0
                                    

"nanti kalau Jaeyoon bosan, datang lah mansion. Eomma selalunya duduk sorang-sorang. Appa Jaemin busy dengan kerja" kata Puan Na kepada Jaeyoon.

Gadis itu hanya tersenyum manis kepada ibu mentua nya.

"Eomma masak apa?" Soal Jaemin yang baru sahaja masuk ke dapur. Puan Na dan Jaeyoon sedang memasak makanan tengahari.

"Makanan favourite kamu dengan favourite Taeyong. Tengahari nanti Taeyong datang dengan isteri dia" terang Puan Na sambil memasukkan bahan mentah ke dalam periuk yang sudah mendidih itu

"Eomma nak Yoon potong apa lagi?" Soal Jaeyoon setelah selesai memotong sayur sawi.

"Takda dah. Kamu pergilah berehat. Jaemin, bawa Jaeyoon pergi bilik" Jaemin yang sedang minum air hanya angguk kepalanya. Gelas putih itu diletakkan di sinki lalu keluar dari dapur.

Setiba di bilik Jaemin yang berada di tingkat 3, Jaemin meletakkan bagasi miliknya dan milik Jaeyoon di tepi dinding.

Badan Jaeyoon ditolak ke dinding sambil wajah Jaemin dirapatkan ke wajah Jaeyoon.

"Apa yang sebenarnya yang kau rancang?" Soal Jaemin sambil memerangkap Jaeyoon dihadapannya.

Jaeyoon hanya memberi senyuman sinis sambil merangkul leher Jaemin.

"Kenapa baru sekarang nak tanya? Kenapa tak tanya sebelum kita bersama?" Bisik Jaeyoon ditelinga Jaemin membuatkan nafsu Jaemin semakin tinggi.

'ini gila!' jerit Jaemin dalam hati apabila terasa hembusan nafas di telinganya.

Tanpa sedar, bibir Jaemin mencium bibir Jaeyoon.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now