82

92 8 0
                                    

11 tahun lalu...

"Mana Seungcheol?!" Jerit Taeyong sambil mencengkam kolar baju Jeonghan. Lelaki itu hanya tergelak sinis sahaja apabila melihat wajah Taeyong yang sudah bengis itu.

"Seungcheol dah blah, takda guna kau cari dia" balas Jeonghan sambil tergelak sinis.

"Bodoh!" Taeyong menumbuk wajah lelaki bernama Jeonghan itu dengan sepenuh hati.

"Hyung, kita takda masa" kedengaran suara Jaehyun di earpiece yang dipasang pada telinga Taeyong namun lelaki itu abaikan suara Jaehyun.

"Taeyong hyung, bangunan itu ada bom! Hyung keluar sekarang!" Jerit Jaehyun yang sudah berang. Taeyong pula masih layankan perasaan.

"Biar kau dan aku mati bersama! Lagipun Hansol memang dah mati" kata-kata Jeonghan membuatkan Taeyong semakin marah.

Boom!

Bangunan di blok A sudah meletup namun Taeyong masih menumbuk Jeonghan. Mereka berada di blok C.

"Kau"

"Patut"

"Mati!"

Taeyong mencengkam gigi nya dengan perasaan marah.

"LEE TAEYONG! KAU KELUAR SEKARANG!" suara Taeil pula kedengaran membuatkan Taeyong mencampak badan Jeonghan yang sudah lemah itu ke lantai.

"Cari Seungcheol. Dia bawa Hansol" arah Taeyong kepada Jaehyun melalui earpiece.

"Baik" balas Jaehyun kedengaran di earpiece.

Boom!

Bangunan di blok B pula meletop. Taeyong berlari keluar dengan segera dari blok C. Hanya tinggal seminit sahaja sebelum bangunan di blok C meletop.

Setelah beberapa langkah jauh dari blok C, bangunan itu meletop dengan kuat membuatkan Taeyong jatuh kebelakang.

"Ji Hansol!" Kedengaran suara Jaehyun menjerit nama Hansol membuatkan Taeyong bangun dari posisi duduk. Lelaki itu segera berlari ke luar dari kawasan itu.

"Yuta, kenapa tu?" Kedengaran suara Doyoung dalam earpiece namun Taeyong abaikan.

"Jaehyun!" Tak sempat Yuta ingin balas soalan Doyoung, kedengaran suara Johnny pula menjerit memanggil Jaehyun.

"Dah macam drama pukul 7 petang"

"Diam Dong Sicheng" suara Kun kedengaran membuatkan lelaki bernama Sicheng mendecit.

"Hansol!" Taeyong berhenti berlari apabila bunyi letupan kedengaran di earpiece sambil suara teriakan Johnny menjerit nama Hansol.

"Johnny hyung, kenapa? Apa berlaku?" Soal Jungwoo dalam talian dengan cemas namun Johnny hanya terdiam.

"Kenapa ada bunyi letupan? Seungcheol bunuh Hansol ke?!" Soal Lucas pula namun Johnny tetap tidak membalas soalan Lucas.

"Hansol.."

"Hansol dah tiada" akhirnya Johnny bersuara dengan nada sebak.

Taeyong yang dengar jawapan Johnny, terus jatuh terduduk sambil tersenyum sinis.

'Akhirnya, kau mati juga, Ji Hansol' gelak Taeyong dengan sinis.
















Maghilah sepot Abe Jeno kita setelah dia keluar dari dunia Mafia

Maghilah sepot Abe Jeno kita setelah dia keluar dari dunia Mafia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now