58

73 9 0
                                    

"kalau tak disebabkan kau kahwin dengan dia, semua rancangan kita dah berjalan lancar" kata Jeno sebaik sahaja The Dragon pulang ke mansion mereka.

Jaemin yang dengar kata-kata Jeno hanya memberi pandangan tajam kearah lelaki itu.

"Kau pun apa kurangnya? Isteri kau pun ahli The Queen" balas Jaemin dengan bersahaja. Wajah Jeno yang marah semakin kelihatan membuatkan Jaemin tergelak sinis.

"Sudah, cukup! Jangan nak salahkan satu sama lain. Sekarang ni kita fikir cara nak dapatkan Karina daripada The Wolf dengan The Queen" Doyoung bersuara, menghalang Jeno dan Jaemin bergaduh.

"Ada maklumat tak pasal Karina?" Taeyong bersuara membuatkan Ten angkat tangannya.

"Pihak polis ada jejak lokasi terakhir Karina. Di bangunan lama di hujung selatan Seoul tapi sayang, tiada cctv disana" kata Ten sambil menayangkan gambar bangunan usang di projector screen.

"Takkan tak boleh trace telefon dia?" Soal Taeyong. Kerana Karina merupakan ahli The Dragon dahulu, kesemua alat peranti ahli The Dragon dipasang dengan alat GPS.

"The Queen dah hack komputer kita kelmarin. Semua maklumat pasal Karina hilang dan Karina dah buang alat GPS The Dragon. Dia juga guna nombor dan telefon lain" balas Doyoung pula.

"Kau tak try hack komputer milik The Wolf? Mana tahu diaorang ada trace telefon baru Karina?" Soal Taeyong lagi. Dia pasti, mesti The Wolf juga cuba mengesan lokasi terkini Karina.

"Komputer mereka pun kena hack dengan The Queen juga" balas Doyoung lalu Taeyong memejam matanya.

Stress!

"Eunchae, Minji dengan Haerin dalang semua ni. Patut ke kita bunuh diaorang, hyung?" Soal Jisung apabila melihat Taeyong hanya diam sahaja.

Eunchae, Minji dan Haerin merupakan antara pelatih terbaik The Dragon selain Karina. Tapi tak sangka, tiga gadis itu telah menikam belakang The Dragon.

"No, kita tak boleh bunuh diaorang. Diaorang tu orang penting. Tambah pula diaorang ahli The Queen" balas Taeyong lalu matanya tajam memandang kearah skrin projector.

"Jeno, sejak bila isteri kau join mafia?" Soal Taeyong secara tiba-tiba membuatkan Jeno memandang abang sulungnya.

"Huh?" Jeno menayangkan wajah blur.

"Bukan kau kata Nahyun tu gadis biasa ke? Kau juga kata Nahyun tu bukan dari keluarga mafia tapi macam mana dia boleh join The Queen?" Soal Mark pula kepada adik tirinya.

"Aku rasa ada sesuatu yang pelik" kata Jeno apabila teringat sesuatu dalam mindanya.

"Maksud kau?" Sampuk Haechan pula.

'Takkanlah Nahyun—'

"Aku pergi dulu hyung, ada sesuatu yang perlu Aku selesaikan" kata Jeno lalu keluar dari bilik meeting The Dragon.

"Ah, kenapa baru sekarang Aku perasan?! Damn, Im Nahyun!" Kata Jeno lalu masuk ke dalam kereta mewahnya.


MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now