80

80 8 0
                                    

"Na Jaemin!" Jerit Taeyong sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat. Jaemin yang duduk dikerusi ketua, atau lebih tepat kerusi milik Taeyong hanya menayangkan wajah sinis.

"Apa yang kau buat?!" Jerkah Taeyong kepada adik tirinya.

"Tak buat apa-apa cuma nak sedarkan kau apa itu balas dendam" kata Jaemin sambil tangannya bermain dengan pisau.

"Kau bersubahat dengan isteri kau kan?!" Soal Taeyong membuatkan kesemua ahli The Dragon memandang kearah Jaemin, menanti jawapan dari lelaki itu.

"Ya, kau ada masalah?" Soal Jaemin dengan biadap. Dia sudah tidak tahan lagi.

"Aku sepatutnya bunuh isteri kau. Biar dia duduk kat neraka dengan isteri Jeno tu" kata Taeyong namun Jaemin hanya tergelak sinis.

"Dan juga Seulgi noona. Biar mereka bertiga bahagia di neraka" kata Jaemin sambil menyebut nama Seulgi.

Taeyong menayangkan wajah bengis apabila Jaemin menyebut nama mendiang isterinya.

"Apa kau nak?!"

" Kalau kau tak serahkan Karina pada Aku, Aku akan bunuh kau. Jangan ingat Aku tak tahu yang kau dah dapat Karina, hyung" kata Jaemin dengan sinis dihujung ayat sebelum melangkah kaki ke pintu.

"Dan satu lagi, kalau korang nak tahu siapa Taeyong hyung, korang boleh buka MacBook Aku. Ada banyak rahsia tentang Taeyong hyung dalam tu even Doyoung hyung pun tak tahu" sambung Jaemin lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Kau dah dapat Karina? Kenapa kau tak bagitahu kami?" Soal Ten kepada Taeyong. Taeyong hanya menjeling.

Doyoung segera ambil MacBook Jaemin dan membuka isi kandungan namun tidak sempat dihalang oleh Taeyong, beberapa gambar terpampar di skrin MacBook itu.

"Hyung, apa semua ni?" Soal Doyoung dengan tidak percaya.

"Kau bunuh Hansol?!" Soal Ten pula.

"Jadi, teman wanita hyung yang hyung umumkan tu, Karina?! Hyung, what is this?!" Soal Mark pula setelah berpuluh-puluh chapter dia tak pernah ada skrip.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now