"Ada apa nak jumpa Aku?" Soal Jaehyun dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya sambil memandang Taeyong yang berdiri dihadapannya. Dibelakang Taeyong ada ahli The Dragon.
"Mana adik kau?" Soal Taeyong lalu Jaehyun hanya angkat bahu.
"Yang kau tanya Aku kenapa? Tanyalah adik tiri kau. Dia kan suami Jaeyoon" balas Jaehyun dengan sinis.
Wajah Jaemin yang berdiri disebelah Taeyong dipandang dengan senyuman penuh sinis.
"Kau tahu Jaeyoon leader The Queen?" Soal Taeyong. Jaehyun yang dengar soalan dari Taeyong terus tergelak sinis.
"Ouh, jadi kau pun baru tahu? So, kau nak buat apa? Serang grup Aku?" Soal Jaehyun pula dengan senyuman sinis.
"Aku nak kita berdamai" balas Taeyong setelah lama mendiamkan diri.
"What? Berdamai? The fuck? Mana Lee Taeyong yang agung dengan sifat penting diri sendiri tu?" Soal Jaehyun dengan senyuman sinis.
Ahli The Dragon dan The Wolf terkejut mendengar ayat yang dilontarkan oleh Taeyong. Berdamai dengan The Wolf? What?!
"Aku minta maaf atas silap Aku dulu, Jaehyun. Aku mengaku yang Aku—" tak habis Taeyong bercakap, Jaehyun memotong kata-kata Taeyong.
"Kau sepatutnya minta maaf kat mendiang Hansol hyung, bukan dekat Aku. Disebabkan sifat penting diri kau tu dia jadi mangsa bunuh Seventeen!" Tengking Jaehyun membuatkan Taeyong terdiam.
"Kau nak Aku buat apa, Jaehyun ah? Aku taknak kita berdendam lagi Jaehyun" kata Taeyong dengan nada seperti merayu.
"Aku nak kau berhenti buru Karina" kata-kata Jaehyun membuatkan ahli The Dragon memandang tajam kearah Jaehyun.
"What?! No! Aku tak benarkan!" Kata Taeyong dengan tegas.
"Then, sampai bila-bila Aku takkan maafkan kau" balas Jaehyun dengan sinis.
"Korang meeting tak ajak Aku? Poor me" sampuk satu suara membuatkan dua grup mafia itu memandang kearah satu suara perempuan.
"Jaeyoon" bisik Jaemin apabila melihat Jaeyoon yang berjalan kearah mereka sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Blazer ditubuh Jaeyoon tidak dibutang menampakkan kemeja putih dengan dua butang atas tidak dipasangkan.
Wajah beberapa gadis dibelakang Jaeyoon diperhati oleh ahli The Dragon dan The Wolf.
Mereka terkejut melihat anak-anak buah ketua kepada The Queen.
Siapa sangka, anak-anak buah The Queen merupakan ahli kepada The Wolf dan The Dragon!
Jeno hanya menayangkan wajah kosong apabila isterinya sedang berdiri disebelah Jaeyoon.
'Aku dah agak' bisik Jeno dengan perlahan.
"What? Bukan Aku dah bagitahu yang musuh Aku ialah Karina. Kau dah lupa ke kata-kata Aku, Lee Taeyong?" Soal Jaeyoon kepada Taeyong lalu lelaki itu diam.
"Dan, Aku takkan berpihak kepada kau, Jung Jaehyun" Jaehyun menatap tajam kearahnya adiknya.
"Jadi, selama ini kau musuh dalam selimut?" Soal Lucas kepada Jaeyoon lalu wanita itu tergelak sinis.
"Well, pandaikan Aku berlakon?" Bidas Jaeyoon dengan sinis membuatkan Jaehyun tergelak sinis.
"Kau sebenarnya nak apa, Jaeyoon?" Soal Renjun kepada wanita itu.
"Oh, senang je. Aku nak bunuh Karina. Aku taknak korang semua masuk campur dalam urusan Aku. Senang je" kata Jaeyoon dengan senyuman manis.
"Kalau kitaorang nak bunuh Karina juga?" Soal Yuta kepada Jaeyoon.
Pap! Jaeyoon memetik jarinya.
"Aku boleh hancurkan grup korang dengan satu petikan sahaja" ujar Jaeyoon dengan sinis.
"So, fikirkan lah strategi korang itu sebaik mungkin. Sama ada korang nak mati ditangan Aku atau kau tak masuk campur dalam urusan Aku dengan Karina" kata Jaeyoon sebelum beredar dari situ namun langkah Jaeyoon terhenti sebelum wanita itu memusingkan badannya kearah Jaemin.
"Congrats to you, sayang. Kau akan jadi ayah kepada anak kita tak lama lagi" kata Jaeyoon lalu beredar dari situ dengan ahli The Queen.
"Lim Nahyun" kedengaran suara Jeno memanggil nama isterinya namun wanita bernama Nahyun hanya menayangkan wajah sinis.
YOU ARE READING
MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️
RandomYou start it with 119, But then I'm become the ASH, But sometimes I'll become BAD BOY cuz I'm on my revenge on you with HOT But the end, we were DRIPPIN Will we become PRETTY SAVAGE or... BOOK 1: MINE [NA JAEMIN] BOOK 2 : YOURS [LEE JENO] Starring...