9

110 12 0
                                    

"Jaehyun ada adik ke?!" Soal Doyoung dengan tidak percaya. Selama 15 tahun dia kenal Jaehyun, dia baru tahu lelaki itu mempunyai adik perempuan.

Jeno, Jaemin, Haechan dan Chenle juga berpandangan antara satu sama lain. Mereka kenal siapa itu Jung Jaehyun.

Jung Jaehyun, kawan lama Lee Taeyong. Dimana ada Taeyong, disitu ada Jaehyun. Hubungan mereka sangat rapat. Apa yang mereka lakukan, pasti akan lakukan bersama. Namun pada suatu hari, Taeyong dan Jaehyun akhirnya bergaduh menyebabkan mereka bermusuhan sehingga kehari ini.

Doyoung merupakan saksi pergaduhan Taeyong dan Jaehyun. Masih dia ingat lagi bagaimana kedua-dua sahabat baik itu bergaduh dengan teruk.

Jeno, Jaemin, Haechan, Renjun, Chee dan Jisung mengenali Jaehyun kerana lelaki itu merupakan senior kepada mereka. Lelaki itu mengajar mereka cara mengunakan senjata dan seni pertahankan diri.

"Jaehyun ada adik tapi mereka terpisah sejak kecil. Dia tak pernah bagitahu sesiapa pun tentang adik dia" terang Taeyong sambil menatap tajam kearah rakaman CCTV itu.

"Hyung pernah ke jumpa adik dia?" Soal Haechan lalu Taeyong mengeleng kepalanya.

"Adik Jaehyun? Aku pun tak pernah jumpa tapi Aku yakin, orang yang serang tempat kita itu pasti adiknya" kata Taeyong dengan yakin.

"Macam mana hyung tahu tu adik Jaehyun hyung?" Soal Jeno pula.

"Sebab teknik serangan itu, sama seperti apa yang Aku ajar pada Jaehyun 5 tahun lepas" balas Taeyong dengan suara mendatar.

Jaemin memandang rakaman CCTV itu sebelum tersenyum sinis.

'kau adik Jaehyun hyung? Menarik' bisik Jaemin dalam hati

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now