25

98 8 0
                                    

"Jaemin, Jaeyoon" Puan Na memeluk Jaemin lalu memeluk menantu nya. Mak mana tak gembira bila melihat menantu baru.

"Jom masuk" pelawa Puan Na sambil memegang lengan menantu nya, meninggalkan Jaemin yang sudah tercenggang di belakang.

"Eomma? Jaemin macam mana?" Soalan Jaemin diabaikan oleh ibunya membuatkan lelaki itu mencebik mulutnya.

"Apahal balik sini?" Sampuk Jeno sambil memasukkan tangan kedalam poket seluar.

"Eomma suruh. Kau dari mana?" Soal Jaemin pula selepas menjawab soalan Jeno.

"Gym" balas Jeno lalu duduk di sofa. Jaemin juga ikut Jeno yang duduk di sofa.

"Kau tak pelik ke dengan Jaeyoon?" Soal Jeno kepada adik tirinya itu.

Jaemin hanya angkat bahu, malas nak jawab soalan Jeno.

"Aku tahu kau sebenarnya tahu apa rancangan Jaeyoon kan? Tapi kau pura-pura tak tahu" Jaemin hanya tersenyum sinis.

Jeno kenal sangat dengan Jaemin. Lelaki itu bijak tapi pura-pura tunjuk bodoh.

"Dia tahu aku lawan dia. Kau ingat dia pun bodoh ke, Jeno? Bila-bila masa dia boleh bertindak" Jaemin juga tak tahu apa rancangan Jaeyoon tapi dia yakin, gadis itu berkahwin dengannya atas perbuatan balas dendam.

Tidak pasti sama ada dendam terhadap dirinya atau—

Dendam terhadap The Dragon?

"Wait" Jaemin memandang Jeno yang sedang memandang nya.

"Apa?" Soal Jaemin sambil angkat kening.

"Tanda lahir baru ke?" Perli Jeno apabila melihat tanda merah di leher Jaemin. Sempat lagi Jeno tersenyum sinis menatap Jaemin.

"Kalau kau nak, kahwin lah cepat" bidas Jaemin lalu bangun dari sofa, meninggalkan Jeno yang sudah berpeluk tubuh.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now