75

87 12 1
                                    

"PARK JISUNG!" jerit Jeno apabila masuk ke bilik meeting.

Kesemua ahli The Dragon terkejut dengan jeritan Jeno. Doyoung dan Haechan segera menghalang Jeno daripada menerkam Jisung.

"Sabar Jeno" pujuk Doyoung apabila melihat wajah bengis Jeno yang ingin meluru kearah Jisung dengan wajah yang masih basah dengan air mata.

"Semua sebab kau, Park Jisung! Aku takkan maafkan kau sampai Aku mati!" Jerit Jeno yang ditahan oleh Doyoung dan Haechan. Jisung pula memandang Jeno dengan wajah tak puas hati.

"Isteri kau memang patut mati, Lee Jeno" sampuk Taeyong namun Jeno hanya tersenyum sinis.

"Kau ingat kau ketua mafia, boleh buat apa sahaja yang kau suka?! Kau ingat Lee Taeyong, jangan sampai Aku bunuh Seulgi noona dengan anak kau!" Tengking Jeno kepada abang kandungnya. Dia masih tidak menerima kata-kata doktor sebentar tadi.

"Keluarga Lim Nahyun?" Kata doktor yang bertugas. Jeno yang duduk dibangku terus bangun dan menuju kearah doktor itu. Jaemin dan Yangyang disebelah Jeno juga bangun.

"Macam mana keadaan isteri saya, doktor?" Soal Jeno dengan risau. Doktor itu hanya diam sebelum bersuara.

"Maafkan kami, Tuan Jeno. Isteri Tuan dan kandungan anak Tuan tidak boleh diselamatkan. Peluru yang masuk kedalam abdomen Puan Nahyun mengandungi racun" terdiam Jeno mendengar kata-kata doktor itu.

'kandungan?'

"Maksud doktor, isteri saya.." Jeno terus mendiamkan diri. Dia masih tidak percaya dengan kata-kata doktor tersebut.

"Puan Nahyun mengandung 4 minggu. Maafkan kami, Tuan Jeno" kata doktor itu sambil membongkok badannya 90 darjah sebelum beredar dari situ.

"Jeno-"

"Isteri Aku mati, Jaemin. Bukan isteri Aku je, anak Aku mati" kata Jeno dengan ketawa hambar.

"Anak Aku mati, Jaemin. Isteri Aku mati. Diaorang dah tinggalkan Aku. Diaorang... diaorang dah tak sayang Aku" kata Jeno sebelum tubuh lelaki itu melorot jatuh ke lantai. Jaemin dan Yangyang membantu Jeno duduk atas kerusi menunggu.

"Aku tak tahu Nahyun mengandung. Aku suami tak guna, Jaemin" kata Jeno dengan air mata jatuh ke pipi. Jaemin dan Yangyang hanya diam sahaja.














Henlooo sorry gaiss sebab lupa updet hek

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now