100

103 8 0
                                    

"Appa!" Seorang budak kecil berlari kearah lelaki yang baru sahaja turun dari kereta mewah.

"Minyeon anak Appa" Jaemin mengangkat anak perempuannya yang berusia dua tahun. Gadis kecil itu ketawa seronok apabila didukung oleh ayahnya.

"Minyeon, Appa baru je balik, bagilah Appa rehat" sampuk satu suara membuatkan Jaemin memandang kearah suara itu.

"Eomma, bishing" balas Na Minyeon lalu menyembab wajahnya ke leher Jaemin.

"What?!" Si isteri bercekak pinggang membuatkan Minyeon tergelak suka melihat wajah ibunya, Jung Jaeyoon yang tidak ubah seperti mama singa.

"Sayang, dengan anak pun nak gaduh ke?" Soal Jaemin sambil menarik lengan Jaeyoon lalu memberi satu ciuman didahi Jaeyoon.

"Nak jugaaaa" kata Minyeon dengan merengek. Dia pun nak kena cium dengan Appa nya!

Cup! Jaemin mencium pipi tembam Minyeon lalu Minyeon tergelak suka.

"Gedik" balas Jaeyoon dengan wajah kosong.

"Sayanggg" kata Jaemin apabila melihat Jaeyoon menjauh darinya.

"Awak tidurlah dengan Minyeon, saya nak tidur dengan Luna, Lucy dan Luke! Humph!" balas Jaeyoon lalu melangkah masuk kedalam banglo 5 tingkat.

"Minyeon, eomma merajuk" kata Jaemin kepada Minyeon namun anak perempuannya buat tak dengar.

Sejak Na Minyeon, anak sulung mereka lahir, Minyeon banyak meluangkan masa dengan Jaemin sehingga Jaeyoon merajuk. Pernah sekali Jaeyoon tidak pulang kerumah kerana Jaemin tidur dengan Minyeon dibilik kucing mereka.

Kehadiran Minyeon membuatkan Jaemin dapat melihat sisi Jaeyoon yang manja. Sebelum ini, gadis itu hanya akan memberi pandangan dingin atau bercakap dengannya seperti bercakap dengan client, tetapi sejak Minyeon lahir, Jaeyoon menjadi lebih ceria.

"Dah satu hal kena pujuk mama singa" bisik Jaemin sambil melangkah masuk kedalam rumah banglo mereka sambil memikirkan rancangan untuk memujuk Jaeyoon.

🖤

"Sayang" Jaemin membuka pintu bilik dengan papan tanda 'Nanyangie'.

Jaemin melangkah masuk ke bilik kucingnya. Kelihatan Jaeyoon sudah tertidur bersama Luna, Lucy dan Luke.

"Sayang, jom tidur dalam bilik kita" kata Jaemin dengan perlahan sambil mengerakkan bahu Jaeyoon. Jaeyoon hanya angguk sahaja kepalanya lalu memeluk leher Jaemin.

"Nak dukung" ujar Jaeyoon dengan wajah mengantuk sambil menyembabkan wajahnya dileher Jaemin.

Jaemin hanya tergelak kecil lalu tubuh isterinya di dukung seperti anak kecil dan membawa ke bilik mereka.

Tubuh Jaeyoon diletakkan diatas katil lalu selimut tebal ditarik menyelimuti tubuh Jaeyoon. Dahi isterinya dikucup lembut.

"I love you, Jung Jaeyoon. You're MINE forever and ever" bisik Jaemin lalu tubuhnya dibaringkan disebelah Jaeyoon.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now