19

101 11 0
                                    

"Encik Na, ada bungkusan untuk Encik" kata Minji sebaik saja masuk ke dalam bilik pejabat Jaemin. Jaemin angkat kepalanya, memandang pembantu peribadi nya itu.

"Dari siapa?" Soal Jaemin kepada Minji.

"Tiada alamat. Nak saya buang ke?" Kalau barang penghantaran yang tiada alamat si pengirim, Jaemin akan meminta Minji untuk buang.

Ada masa Jaemin menerima barangan tersebut.

"No need" balas Jaemin lalu Minji angguk kepalanya dan keluar dari pejabat Jaemin.

Selesai sahaja kerjanya, Jaemin menapak kakinya ke sofa diruang bahagian tengah-tengah pejabatnya. Kotak yang dibawa Minji tadi, Jaemin membukanya.

Beberapa keping gambarnya yang dihiasi dengan darah manusia, Jaemin memandang satu per satu. Satu uniform sekolah diambil lalu Jaemin tersenyum sinis.

Nama 'Jung Jaeyoon' tertera di bahagian uniform sekolah.

Nampaknya, permainan makin menarik.

Satu kad berwarna hitam di dalam kotak, Jaemin ambil. Terdapat nombor telefon milik Jaeyoon disitu.

Jaemin ambil kad itu lalu dimasukkan ke dalam poket blazer nya. Kotak yang dipenuhi darah itu, Jaemin buang ke dalam tong sampah.

Baju uniform Jaeyoon, Jaemin pegang.

CEO muda itu bangun dari sofa dan melangkah ke satu dinding. Satu suis rahsia ditekan. Beberapa saat kemudian, dinding itu terbuka dan Jaemin menapak masuk ke dalam bilik itu.

Bilik tersebut merupakan bilik tidurnya. Jika Jaemin sibuk, dia akan tidur di bilik itu. Malah, bilik tersebut lengkap dengan katil, almari baju, bilik air dan sebagainya.

Satu almari dibuka oleh Jaemin sebelum mencampakkan uniform Jaeyoon kedalam almari yang sudah penuh itu.

Penuh dengan 'hadiah' dari Jaeyoon.

"Tak sangka kau lah perempuan misteri tu" bisik Jaemin sambil menatap satu per satu hadiah yang pernah diterima nya oleh Jaemin.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now