"what?!" Terkejut Renjun apabila mendengar jeritan Jaemin. Hampir sahaja lelaki cina itu terjatuh dari kerusi setelah mendengar jeritan nyaring Jaemin.
"Ya, Jaeyoon berhenti sekolah semalam. Dia tulis kat borang berhenti sekolah yang kita buli dia" terang Chenle membuatkan Jeno tergelak sinis.
"Aduh, kelakar sia budak tu. Dia ingat kita takut ke dengan anak yatim macam dia tu? Bodoh" kata Jeno sebelum mencampakkan tin coca cola ke lantai.
"Lagi satu, Saera kata Jimin buli Jaeyoon masa kau ada pertandingan basketball" kata Chenle lagi membuatkan Jaemin tersenyum sinis sambil mengepal penumbuk. Jelas, muncul urat ditepi kepala Jaemin.
"Yoo Jimin, Aku dah bagi amaran jangan sentuh barang Aku! Panggil Jimin!" Jerkah Jaemin membuatkan Haechan dan Chenle berlari mencari Jimin.
"Jaeyoon. Jung Jaeyoon"
"Jaemin? Jaemin!" Jaemin membuka matanya apabila terdengar satu suara wanita memanggil namanya.
"Eomma?" Jaemin memandang eommanya sambil mengesat matanya.
'ah, Aku mimpi perempuan tu lagi' desis Jaemin sebelum mengubah posisi daripada baring ke posisi duduk. Badannya masih dilengkapi dengan kemeja putih dan blazer hitam miliknya sudah berada di lantai.
"Hah, tidur lagi petang-petang macam ni. Dah bangun, Taeyong call eomma suruh kamu pergi mansion" kata Puan Na membuatkan Jaemin angguk.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7 malam. Bermakna, sudah dua jam dia tertidur akibat kepenatan pulang dari kerja.
"Syok mimpi? Mimpi basah ke?" Usik Jeno sambil memandang Jaemin yang berpeluh.
"Kau tutup air cond? Bodoh lah Jeno. Patut panas" Jeno tergelak lalu menekan butang air cond di ruang tamu.
"Jangan lupa, pukul 8 berkumpul kat mansion Taeyong hyung. Ada meeting" pesan Jeno lalu Jaemin angguk kepalanya. Masih mamai dari tidur tadi.
Seperti yang dijanjikan, Jeno dan Jaemin melangkah kaki mereka masuk ke dalam mansion milik abang sulung mereka. Beberapa pekerja menunduk kepala mereka apabila dua lelaki muda itu melangkah masuk ke mansion putih itu.
"Sampai pun. Duduk-duduk" kata Doyoung kepada Jeno dan Jaemin.
"Meeting apa ni?" Soal Jeno kepada Doyoung. Lelaki itu hanya mendiamkan diri seperti tidak mahu memberitahu.
"Boleh kita mula?" Soal Mark lalu Taeyong angguk. Doyoung menekan sesuatu di komputer riba lalu dipancarkan ke layar putih.
"Geng The Wolf dah serang tempat kita di Jepun pagi tadi" kata Doyoung membuatkan Jeno dan Jaemin terus duduk dalam keadaan menegak.
The Wolf, kumpulan mafia yang merupakan musuh The Dragon telah melakukan serangan balas.
"Siapa attack?" Soal Haechan lalu Doyoung menekan sesuatu di komputer riba.
"Ni rakaman CCTV yang Jisung sempat hantar. Katanya orang baru daripada The Wolf" terang Doyoung lalu Taeyong secara tiba-tiba gelak membuatkan kesemua mereka memandang si ketua.
"Aku tahu siapa" kata Taeyong yang masih gelak.
"Siapa apa?" Soal Jeno dengan polos.
"Adik Jung Jaehyun. Dia lah serang tempat kita di Jepun"
YOU ARE READING
MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️
De TodoYou start it with 119, But then I'm become the ASH, But sometimes I'll become BAD BOY cuz I'm on my revenge on you with HOT But the end, we were DRIPPIN Will we become PRETTY SAVAGE or... BOOK 1: MINE [NA JAEMIN] BOOK 2 : YOURS [LEE JENO] Starring...