30

98 7 0
                                    

"Sakitlah!" Jerit Jaeyoon apabila Jimin menarik rambutnya dengan ganas.

Jaemin dan Jeno tiada pada hari ini. Mereka sibuk dengan menolong guru kelas mereka. Jadi, Jimin ambil kesempatan dengan 'menjaga' Jaeyoon.

Tubuh Jaeyoon dicampak ke lantai bilik store sukan membuatkan gadis itu kesakitan.

"Have fun, Hyunjin" kata Jimin lalu menutup pintu bilik stor.

Hwang Hyunjin yang berada di dalam bilik stor menghampiri Jaeyoon yang sudah mula undurkan badannya ke belakang.

"Jangan dekat!" Jerit Jaeyoon namun Hyunjin hanya gelak.

"Kau jerit lah macam mana sekali pun, tiada siapa boleh bantu kau" bisik Hyunjin lalu menarik badan Jaeyoon.

Lelaki itu mencium leher Jaeyoon membuatkan gadis itu sudah mengalirkan air mata.

Ketakutan? Ya

🖤

Jaeyoon membuka matanya. Angka jam menunjukkan pukul 3 pagi. Jaeyoon ubah posisi nya dari baring ke posisi duduk sambil meraup wajahnya.

"Shit" carut Jaeyoon apabila kejadian yang lama berulang kembali ke dalam minda nya.

"Aku ingat kau dah tidur" Sampuk satu suara dari balkoni bilik membuatkan Jaeyoon memandang kearah empunya suara.

Na Jaemin.

"Kau mimpi buruk?" Soal Jaemin sambil berjalan ke arah katil.

Jaeyoon hanya diam. Tidak membalas soalan suaminya itu.

"Aku paling tak suka bila orang lain tak balas soalan Aku" Jaemin menarik tubuh badan Jaeyoon membuatkan isterinya memandang kearahnya.

"Lepaslah" Jaeyoon cuba melepaskan kedua-dua tangannya dari cengkaman Jaemin.

"Kau ada masalah?" Soal Jaemin dengan suaranya dilembutkan. Mahu memujuk isterinya.

"Bukan masalah kau!" Bidas Jaeyoon lalu merentap kasar tangan nya dari cengkaman Jaemin.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now