35

98 8 0
                                    

11 tahun lalu...

"Mana Seungcheol?!" Jerit Taeyong sambil mencengkam kolar baju Jeonghan. Lelaki itu hanya tergelak sinis sahaja apabila melihat wajah Taeyong yang sudah bengis itu.

"Seungcheol dah blah, takda guna kau cari dia" balas Jeonghan sambil tergelak sinis.

"Bodoh!" Taeyong menumbuk wajah lelaki bernama Jeonghan itu dengan sepenuh hati.

"Hyung, kita takda masa" kedengaran suara Jaehyun di earpiece yang dipasang pada telinga Taeyong namun lelaki itu abaikan suara Jaehyun.

"Taeyong hyung, bangunan itu ada bom! Hyung keluar sekarang!" Jerit Jaehyun yang sudah berang. Taeyong pula masih layankan perasaan.

"Biar kau dan aku mati bersama! Lagipun Hansol memang dah mati" kata-kata Jeonghan membuatkan Taeyong semakin marah.

Boom!

Bangunan di blok A sudah meletup namun Taeyong masih menumbuk Jeonghan. Mereka berada di blok C.

"Kau"

"Patut"

"Mati!"

Taeyong mencengkam gigi nya dengan perasaan marah.

"LEE TAEYONG! KAU KELUAR SEKARANG!" suara Taeil pula kedengaran membuatkan Taeyong mencampak badan Jeonghan yang sudah lemah itu ke lantai.

"Cari Seungcheol. Dia bawa Hansol" arah Taeyong kepada Jaehyun melalui earpiece.

"Baik" balas Jaehyun kedengaran di earpiece.

Boom!

Bangunan di blok B pula meletop. Taeyong berlari keluar dengan segera dari blok C. Hanya tinggal seminit sahaja sebelum bangunan di blok C meletop.

Setelah beberapa langkah jauh dari blok C, bangunan itu meletop dengan kuat membuatkan Taeyong jatuh kebelakang.

"Ji Hansol!" Kedengaran suara Jaehyun menjerit nama Hansol membuatkan Taeyong bangun dari posisi duduk. Lelaki itu segera berlari ke luar dari kawasan itu.

"Yuta, kenapa tu?" Kedengaran suara Doyoung dalam earpiece namun Taeyong abaikan.

"Jaehyun!" Tak sempat Yuta ingin balas soalan Doyoung, kedengaran suara Johnny pula menjerit memanggil Jaehyun.

"Dah macam drama pukul 7 petang"

"Diam Dong Sicheng" suara Kun kedengaran membuatkan lelaki bernama Sicheng mendecit.

"Hansol!" Taeyong berhenti berlari apabila bunyi letupan kedengaran di earpiece sambil suara teriakan Johnny menjerit nama Hansol.

"Johnny hyung, kenapa? Apa berlaku?" Soal Jungwoo dalam talian dengan cemas namun Johnny hanya terdiam.

"Kenapa ada bunyi letupan? Seungcheol bunuh Hansol ke?!" Soal Lucas pula namun Johnny tetap tidak membalas soalan Lucas.

"Hansol.."

"Hansol dah tiada" akhirnya Johnny bersuara dengan nada sebak.

Taeyong yang dengar jawapan Johnny, terus jatuh terduduk.

🖤

"Semua salah kau!" Jerit Taeyong kepada Jaehyun apabila mereka tiba di mansion The Dragon. Jaehyun memandang Taeyong dengan pandangan tajam.

"Kau nak salahkan Aku, hyung?! Kau yang salah! Kau tak sepatutnya kejar Jeonghan! Kau tahukan dia itu umpan Seungcheol!" Bidas Jaehyun dengan geram. Semua dah ikut perancangan yang telah ditetapkan namun semua nya hancur apabila Taeyong terpengaruh dengan umpan Seungcheol.

"Kau—" Taeyong menarik kolar baju Jaehyun.

"Jangan gaduh boleh tak? Kita baru pulang dari kubur Hansol" sampuk Doyoung yang cuba meleraikan pergaduhan antara Taeyong dan Jaehyun.

"Semua salah kau!" Jerit Taeyong sambil menunding jari kearah Jaehyun yang sudah dipegang oleh Johnny dan Yuta.

Mark, Jeno, Renjun, Haechan, Jaemin, Chenle, Jisung, Sungchan dan Shotaro hanya diam sahaja sambil melihat pergaduhan antara ketua The Dragon dan naib ketua The Dragon itu. Mereka masih muda dan masih bersekolah. Jadi, mereka hanya diam sahaja.

"Kau!"  Baru sahaja Jaehyun ingin menyerang Taeyong, Johnny dan Yuta menarik Jaehyun manakala Kun dan Ten menarik badan Taeyong.

"Dah jangan gaduh! Benda dah berlaku!" Kata Doyoung yang cuba tenangkan keadaan.

"Kau jangan muncul depan Aku lagi, Jung Jaehyun! Kau ingat itu!" Kata Taeyong namun Jaehyun hanya memandang lelaki itu dengan sinis.

"Kau ingat Aku nak ke jumpa orang macam kau lagi?! Lee Taeyong, Aku akan keluar dari The Dragon" kata-kata Jaehyun membuatkan semua anggota The Dragon memandang Jaehyun dengan tidak percaya.

"Jaehyun, kau cakap apa ni?" Kata Doyoung kepada lelaki itu.

"Aku taknak satu kumpulan dengan orang penting diri sendiri" Jaehyun menarik kedua-dua tangannya lalu menaiki tangga ke tingkat atas, untuk mengemas barang miliknya.

"Taeyong—"

"Biar dia pergi" sampuk Taeyong membuatkan Doyoung tergamam.

Setelah Jaehyun meninggalkan The Dragon, beberapa anggota lain juga ikut Jaehyun. Jaehyun menubuhkan kumpulan mafia miliknya sendiri iaitu The Wolf.

Empat bulan berlalu, Jaehyun akhirnya ambil keputusan untuk mengambil Jaeyoon dan membawa gadis itu berpindah ke Jepun.













Empat bulan berlalu, Jaehyun akhirnya ambil keputusan untuk mengambil Jaeyoon dan membawa gadis itu berpindah ke Jepun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hehe

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now