64

75 8 1
                                    

Nahyun melangkah kaki ke luardari lift namun langkahnya terhenti apabila dompetnya tiada dalam poket seluar.

"Ah, ada kat atas meja tadi" kata Nahyun lalu gadis 19 tahun itu melangkah semula masuk ke dalam lift. Butang nombor 6 ditekan.

Sampai sahaja ditingkat 6, koridor itu sunyi sepi. Tiada satupun jururawat yang lalu.

'mungkin dah pukul 3 pagi kot' pujuk Nahyun sambil melangkah kakinya ke bilik Daehyun.

"Daehyun—" Nahyun terdiam apabila melihat Daehyun yang sudah baring dengan kesan tembakan didahi. Dihadapan mayat adiknya ada seorang lelaki yang sedang tersenyum sinis sambil memandang Nahyun.

"Kau siapa?!" Jerit Nahyun dengan panik namun lelaki itu hanya angkat bahu dan menolak tubuh Nahyun ke tepi.

"Kalau kau bagitahu sesiapa, Aku bunuh kau" kata lelaki itu sambil melangkah pergi namun Nahyun dengan pantas menarik topi lelaki itu membuatkan lelaki itu memandang kearah Nahyun.

Nahyun terdiam. Dia kenal lelaki itu!

"Kau dah nampak muka Aku jadi kau patut diam, jangan pula mak kau yang tengah sakit jadi mangsa Aku" bisik lelaki itu lalu mengambil topi hitam dan melangkah pergi dari situ.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now