Jaemin membawa satu dulang berisi bubur sayur dan susu coklat suam ke bilik. Kakinya melangkah ke tepi katil lalu dulang tersebut diletakkan di atas meja.
"Jaeyoon, bangun. Makan bubur, lepastu makan ubat" Jaeyoon yang matanya hanya dipejamkan, dibuka lalu bangun dari posisi baring.
"Disebabkan kau isteri Aku, Aku masak bubur ni untuk kau" semangkuk bubur sayur itu, Jaemin ambil. Sudu diambil lalu mengacau bubur itu.
"Kau pandai masak ke?" Soal Jaeyoon yang tersandar lemah di kepala katil. Sudah dua hari dia demam.
"Kau ingat Aku tak pandai masak? Heol?" Soal Jaemin pula.
Jaeyoon hanya diam sahaja. Tiada tenaga nak bergaduh atau mengusik Jaemin.
"Esok kita ke hospital. Muka kau pun dah pucat" kata Jaemin setelah menyuap bubur ke mulut Jaeyoon.
"Hmm"
Baru sahaja Jaemin ingin menyuap kembali bubur itu, Jaeyoon mengeleng kepalanya tanda tidak mahu makan.
"Baru satu sudu. Makanlah at least tiga sudu ke? Macam mana nak sihat?" Kata Jaemin namun Jaeyoon mengeleng kepalanya.
"Aku tak larat, Na Jaemin. Nak tidur" kepalanya terasa berpusing. Rasa seperti bilik itu bergerak dan kepala Jaeyoon juga terasa berat. Kesan demam panas. Lagipun, kali terakhir dia demam ialah dua tahun lepas.
"Minum susu" gelas panjang berisi susu coklat suam itu diberi kepada Jaeyoon. Gadis itu hanya minum sikit sahaja sebelum Jaemin meletakkan gelas itu ke meja semula.
"Rehat dulu, nanti Aku kejutkan kau semula" Jaeyoon patuh dengan arahan Jaemin. Gadis itu baring ke katil sambil memejamkan matanya.
Jaemin hanya tersenyum lalu membelai rambut Jaeyoon sebelum keluar dari bilik itu.
YOU ARE READING
MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️
RandomYou start it with 119, But then I'm become the ASH, But sometimes I'll become BAD BOY cuz I'm on my revenge on you with HOT But the end, we were DRIPPIN Will we become PRETTY SAVAGE or... BOOK 1: MINE [NA JAEMIN] BOOK 2 : YOURS [LEE JENO] Starring...