81

71 10 0
                                    

12 tahun lalu...

"Appa nak kamu dan Hansol bertanding" kata Tuan Lee yang merupakan CEO dan ketua The Dragon. Wajah Hansol dan Taeyong dipandang.

"Tapi kenapa? Bukan ke Taeyong anak uncle. Kenapa uncle nak saya bertanding dengan dia?" Soal Hansol dengan hairan. Taeyong disebelah Hansol hanya diam.

"Kamu juga ada kebolehan untuk menjadi leader, Ji Hansol. Jadi uncle nak kamu berdua bertanding untuk menentukan siapa yang akan ganti tempat uncle" kata Tuan Lee membuatkan Taeyong memandang ayahnya dengan tidak percaya.

Tanpa buang masa, dua lelaki yang berumur 19 dan 20 tahun itu mula berlawan antara satu sama lain. Taeyong berlawan mengunakan karambit manakala Hansol berlawan mengunakan pisau.

Sesi pertama, Hansol menang apabila pisau miliknya membelah kulit lengan Taeyong.

Sesi kedua dimulai dan Taeyong pula yang menang. Karambit Taeyong mencederakan sisi bahu Hansol. Taeyong yang menang menayangkan wajah sinis. Dia yakin organisasi The Dragon akan jadi miliknya kerana dia merupakan waris sulung Tuan Lee.

Pusingan ketiga bermula. Taeyong menyerang Hansol dibahagian abdomen namun Hansol mengelak dan menarik lengan Taeyong sebelum menendang dada Taeyong. Taeyong terjatuh lalu Hansol angkat pisau tinggi-tinggi sebelum menikam Taeyong namun terhenti.

"Sesi ketiga, Ji Hansol menang. Hansol, akan jadi pewaris The Dragon" kata seorang lelaki yang merangkap jurulatih mereka.

Hansol hanya terdiam sahaja manakala Taeyong bangun dari tanah dan melangkah pergi dari bilik latihan membuatkan Hansol rasa bersalah.

"Taeyong" Hansol mengejar Taeyong yang semakin jauh darinya.

"Kau nak apa?" Soal Taeyong dengan dingin apabila lengannya ditarik oleh Hansol.

"Aku tak sengaja" kata Hansol dengan bersalah.

"Takpa, Aku faham" balas Taeyong dengan dingin lalu lelaki itu pergi dari situ.

'Ji Hansol, siap kau!' bisik Taeyong sambil membentuk satu pengepal.

Beberapa tahun kemudian, Taeyong melangkah kakinya masuk ke dalam satu mansion hitam dengan logo berwarna putih.

"Aku nak jumpa Seungcheol" kata Taeyong kepada salah seorang anak buah kumpulan mafia itu. Lelaki itu gunakan walkie talkie dan beberapa saat kemudian, lelaki itu membenarkan Taeyong masuk ke dalam mansion itu.

"Nak apa?" Soal Jeonghan sebaik sahaja Taeyong melangkah masuk ke bilik si ketua itu.

"Kau leader ke?" Bidas Taeyong kepada Jeonghan yang duduk dihadapan Seungcheol.

"Aku PA dia. Ada masalah?" Balas Jeonghan pula sambil melipat tangan di dada.

"Setan"

"Eleh, dia pun dua kali lima je"

"Kau nak apa?" Soal Seungcheol sebaik sahaja Taeyong dan Jeonghan mahu bergaduh.

"Aku nak kau bantu Aku bunuh seseorang" pinta Taeyong sambil duduk bersilang kaki dihadapan Seungcheol.

"Siapa?" Soal Seungcheol dengan teruja.

Taeyong hanya menayangkan wajah sinis.

🖤

"Ji Hansol!" Jerit Taeil apabila dia dan Hansol diserang semasa pulang dari Jerman. Kenderaan mereka diserang oleh musuh mereka, Seventeen dihadapan dan dibelakang kenderaan milik mereka berdua.

"Bantuan! Kami diserang" kata Taeil melalui butang kecemasan yang ada pada kenderaan mereka sebelum kepalanya dihentak sehingga pengsan.

"Mana Hansol?!" Soal Yuta sebaik sahaja dia, Jaehyun dan Doyoung sampai ke bilik mesyuarat The Dragon. Kelihatan Taeyong duduk dikerusi ketua, kerusi kepunyaan Hansol.

"Kereta Hansol dan Taeil diserang. Taeil berada di bilik rawatan manakala Hansol hilang" terang Taeyong sambil memandang skrin putih.

"Macam mana dia hilang? Mana bodyguard?" Soal Jaehyun dengan hairan. Bukankah kedua-dua lelaki itu diiringi oleh pengawal mereka?

"Diaorang pergi dulu. Aku yakin mesti Hansol penat, sebab itu dia suruh bodyguard pergi tanpa dia. Tapi mereka berdua diserang oleh Seventeen" kata Taeyong namun Doyoung dan Jaehyun memandang hairan kearah Taeyong.

"Macam mana hyung tahu Seventeen serang Hansol hyung?" Soal Doyoung pula. Taeil tidak memberitahu kerana lelaki itu pengsan sehingga ke bilik rawatan.

Taeyong terdiam.

"CCTV" ringkas sahaja jawapan Taeyong.

Tanpa sedar, seseorang memerhati kelakuan Taeyong yang kelihatan diam dan seperti menyembunyikan sesuatu.

' Suspicious' bisik lelaki itu.

MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now