66

77 10 1
                                    

Jeno membuka pintu biliknya. Nahyun yang sedang duduk diatas kerusi kerjanya memandang kearahnya dengan senyuman sinis.

"Hai sayang, how's your meeting? Kau balik ni nak cari tahu siapa Aku ke?" Soal Nahyun dengan memerli Jeno.

"Kau buat semua ni sebab nak balas dendam kan, Lim Nahyun? Sebab Aku bunuh Daehyun dan mak kau?" Soal Jeno dengan sinis. Nahyun menatap tajam kearah Jeno.

"Tak sangka betul Aku. Macam mana Aku boleh lupa wajah kau masa kat hospital dulu?" Kata Jeno dengan tidak percaya. Dia pasti Nahyun melakukan pembedahan plastik kerana wajah Nahyun sangat berbeza dengan wajah yang lalu.

Sebelum ini Jeno sudah perasan akan perubahan pelik Nahyun sebaik sahaja mereka kahwin 3 bulan lalu. Dia perasan Nahyun sering masuk ke bilik kerjanya.

Malah, Jeno juga mengetahui Nahyun sering berhubung dengan seseorang dibelakangnya namun Jeno hanya abaikan sahaja kerana dia tahu Nahyun akan sunyi di mansion.

"Jadi, kaulah CEO The Crown Airlines?" Soal Jeno lalu Nahyun hanya memutarkan pen dijarinya.

The Crown Airlines, syarikat penerbangan yang menjadi pilihan kumpulan mafia dan golongan kaya. Namun syarikat itu bersaing dengan syarikat penerbangan milik keluarga Jeno, Lee Airlines sejak dua tahun lalu.

Jeno yang merupakan CEO dan The Dragon, dia sudah cuba pelbagai cara untuk mencari siapa pemilik The Crown Airlines namun tidak berhasil.

"Ya, akulah orang yang kau cari selama ini. Musuh yang pernah ceroboh semua data syarikat keluarga kau dan Aku jugalah orang yang pernah gagalkan rancangan kau untuk tahu siapa CEO The Crown Airlines" kata Nahyun dengan bangga.

Jeno hanya mengenggam penumbuk.

"Apa yang kau nak, Lim Nahyun?" Soal Jeno sambil mengeluarkan sesuatu dari poket belakang seluarnya.

"Aku? Aku nak kau mati Lee Jeno. Aku nak kau dengan The Dragon mati seperti macam mana kau bunuh Daehyun dan eomma Aku" kata Nahyun lalu menyerang Jeno dengan satu pisau yang ada dipoket blazer nya namun ditahan oleh Jeno yang juga keluarkan pisau pada masa yang sama.

"Kau gila Lim Nahyun! Aku suami kau!" Jerit Jeno apabila menolak tubuh Nahyun jauh darinya.

"Kau bukan suami Aku, Lee Jeno! Aku kahwin dengan kau sebab Aku nak balas dendam!" Balas Nahyun lalu melibat pisau itu kearah Jeno namun Jeno sempat mengelak. Tangan Nahyun dipegang lalu menarik tubuh gadis itu kedalam dakapannya.

"Kalau itu yang kau nak, bunuh Aku sahaja Lim Nahyun" kata Jeno sambil memeluk tubuh Nahyun.

Dia taknak Nahyun kecewa dengannya. Ya, dia sebenarnya masih tak percaya Nahyun merupakan ahli The Queen dan CEO kepada The Crown Airlines.

"Aku sayang kau, Nahyun. Kalau dengan membunuh Aku ialah salah satu jalan yang terbaik buat kau, bunuh lah Aku. Aku sanggup, Lim Nahyun daripada The Dragon bunuh kau" kata Jeno sambil memeluk tubuh Nahyun.

Nahyun hanya diam sebelum mengukir satu senyuman sinis.

Pak!

Jeno menolak tubuh Nahyun jauh darinya apabila terasa tengkuknya dicucuk dengan satu jarum.

"Nahyun—"

"Aku takkan bunuh kau, Lee Jeno. Aku nak kau terseksa. Oh, jangan risau, ubat tu tak membunuh kau. Kau akan tertidur sahaja untuk jangka masa yang lama" kata Nahyun dengan sinis.

Jeno yang terasa matanya memberat lalu tubuh lelaki itu melorot jatuh ke atas lantai.

"Aku pun sayang kau, Lee Jeno tapi Aku terpaksa. Aku terpaksa sebab kau dan The Dragon dah seksa emosi Aku. Aku tak tahan, Lee Jeno. Setiap hari Aku menangis sebab sakit, kecewa dan marah" kata Nahyun sambil memandang wajah Jeno yang sudah pengsan.

"I'm sorry, Lee Jeno" kata Nahyun dengan nada sebak.













"I'm sorry, Lee Jeno" kata Nahyun dengan nada sebak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MINE · NA JAEMIN (나재민) ✔️Where stories live. Discover now