❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙Diana Sofea menghabiskan masanya di dalam bilik sementara menunggu keputusan temuduganya. "Haih, bosan la duduk kat rumah ni. Bila la aku nak dapat kerja ni.." Diana menongkatkan dagunya.
Maklum la baru habis belajar, mesti la nakkan pengalaman berkerja ye tak? Duduk kat rumah termenung, tak pun tengok drama. Tak ada benda nak dibuatnya. Kemas rumah? Hm dah boleh dikatakan setiap masa.
Lepas vacum, mop. Lepas mop, vacum. Ha itu je la kerjanya, tak ada benda lain. Boleh benak otak duduk dalam rumah ni. Nak keluar jalan, tak ada duit hadeh.
TING
Diana membuka telefonnya. Terdapat satu mesej e-mail yang tertera di skrin telefonnya.
"Apa benda ni?" Diana bingung. Tak pernah pulak ada orang hantar mesej dalam e-mail ni.
"Tahniah Cik Diana, anda diterima untuk bekerja di syarikat R.A'S Co. dengan jawatan sebagai Personal Assistant (PA) kepada Chief Executive Officer (CEO). Kami berharap Cik Diana dapat menjalankan tugas anda dengan baik di syarikat ini.
Anda boleh melaporkan diri pada 25/1/2025.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.Sekian, terima kasih"
"Aku dapat kerja? HA SERIOUS LA? AKU DAPAT KERJA? YES! ALHAMDULILLAH! BESTNYA!!" Diana tersenyum gembira. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba! Lepas ni, tak perlu lah terperap dalam bilik ini lagi. Duduk di rumah ini pun bukannya aman.
"Tapi takkan la aku nak ulang alik dari Gombak ke KL? Walaupun macam dekat tapi boleh tahan penat gak, dengan traffic jam lagi." Diana sekali lagi menongkat dagunya. Perlu ke cari rumah sewa di sana? Kos minyak petrol untuk ulang alik sahaja dah berapa dah kan?
Secara tiba-tiba, pintu bilik Diana di buka oleh kakak tirinya iaitu Siti Natasya atau lebih dikenali sebagai Tasya.
"Eh perempuan, kau curi rantai aku kan? Mana rantai aku? Kau cakap dengan aku sekarang!" jerkah Tasya. Dengan tak ada salamnya, tak beradab betul! Baru je nak rasa happy dapat kerja, tiba-tiba datang pulak minah ni. Hancur mood aku!
"Rantai apa? Mana ada aku curi rantai kau. Masuk bilik kau pun tak pernah, inikan lagi nak ambik barang kau, memang tak la!" nafi Diana Sofea. Tidak pernah pula dia ambil barang tanpa izin tuan punya barang.
"Kau tak payah nak tipu la, kau ingat aku tak tau ke yang kau curi rantai aku? Eh aku tahu la kau tu tak mampu nak beli rantai mahal tu, tapi tak payah la sampai nak mencuri!" Tasya masih tidak berpuas hati dengan jawapan Diana.
"Tak sekarang ni, memang aku tak ambik pun barang kau. Apa masalah kau ni? Suka hati kau je nak tuduh aku. Eh aku tak hamak la dengan rantai cikai kau tu! Dah la masuk bilik orang tak ketuk pintu, main terjah je!" bidas Diana. Mana tidaknya, dah la main tuduh orang je, lepas tu nak marah marah.
"Rantai cikai kau cakap? Kau tunggu, aku bagi tau ibu. Memang kena la kau dengan ibu!" Tasya bergegas keluar daripada bilik Diana dan terus menuju ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Diana Sofea : You're Mine
Romance𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, cintakan kau." - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 Dipaksa untuk berkahwin dengan adik tiri kekasihnya sendi...