❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙"Dylan! kau bangun sekarang! kau tahu tak sekarang dah pukul 8:30? Bangun la gila!" jerkah Aryan Daniel.
"Ala 5 minit lagi aku bangun la, bukannya office tu lari pun," ujar Dylan Asyraf dalam keadaan mamai.
"Amboi, suka hati kau je nak datang kerja lewat, kau ingat company tu bapak kau yang punya?" Dylan mencekak pinggangnya.
"Bapak aku, bapak kau juga," jawab Dylan dengan selamba.
"Menjawab eh kau! Sini kau!" Aryan mencubit telinga Dylan. "Adui! Sakit la! Kau ni macam mak mak la. Bagus kau tukar jantina je lah terus!" jerit Dylan. Terbeliak mata Dylan dibuatnya. Tak sempat nak mengeliat badannya.
"Kepala kau la! Dah bangun! Kau lambat siap kau!" ujar Aryan.
"Aku memang ada kepala. Ni ha kepala aku," ujar Dylan. Aduh Dylan bodoh tu simpan la sikit.
"Bertuah punya budak!" ujar Aryan sambil membaling bantal ke arah adiknya. "Adui sakit la!" jerit Dylan.
*
Semasa Aryan hendak turun ke tingkat bawah menuju ke dapur, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.
"Apahal Andrian call? Ke sebab dia tahu aku datang lewat? Alamak," Aryan menjawab panggilan tersebut.
"Hello? Kenapa call?"
"Adik kau nama apa?"
"Ha adik aku?"
"Ye la adik kau"
"Oh nama adik aku Dylan Ashraf-"
"Bukan yang itu gila, adik perempuan kau tu"
"Oh yang itu, nama dia Diana Sofea Binti Ezhar Arshan"
"Oh ok"
Andrian menamatkan panggilan tersebut.
"Aik tu je? Tapi asal tetiba tanya pasal Yana ni?" Aryan mengerutkan dahinya
"Tak sekarang ni mana Dylan? Woi Dylan, cepat la sikit gila! Dah lambat ni!" jerit Aryan.
"Ye kejap la, tak menyabar la kau ni," marah Dylan.
*
(POV ANDRIAN)
"Bermula hari ni, kau perlu susun semua jadual kerja aku, tak kisah la pasal dinner ke, meeting ke semua kau yang kena arrange kan untuk aku. Kau kena kenal semua clients aku, dari yang bawah sampai la yang berpangkat. Faham? And the last one, kau kena ikut semua arahan aku. Bila aku suruh kau buat sesuatu kau kena ikut, tanpa ada satu alasan pun. Faham?" ujar Andrian dengan tegas.
"Er, faham tuan," Diana mengangguk faham.
"Nah, dalam file ni ada semua data pasal clients aku. Aku nak kau hafal sekurang-kurangnya top 5 clients aku. Boleh?" Andrian memberi file tersebut kepada Diana. Hafal semua ni? Fuh matilanak.
YOU ARE READING
Diana Sofea : You're Mine
Romance𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, cintakan kau." - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 Dipaksa untuk berkahwin dengan adik tiri kekasihnya sendi...