~𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟖~

397 20 3
                                    



❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙



"Kak Yam dah siap ke masak semua hidangan untuk tetamu nanti?" soal Irma sambil menyentuh lembut bahu Mak Yam.

"Siap dah masak, Irma. Tinggal nak hidang je ni.." ujar Mak Yam. "Kalau macam tu tak apa la, biar saya tolong kak Mah ya." ujar Irma.

"Eh tak apa la Ma, Ma duduk je. Biar akak buat semua ni, lagipun kan ni kerja akak." pelawaan Irma di tolak lembut.

Tetapi Irma masih bertegas untuk menolong Mak Mah. Dan akhirnya, Mak Mah terpaksa akur dengan Irma. Tak sabar nak berjumpa dengan bakal menantunya. Bagaimana la reaksi anaknya nanti.

"Sedap bau masakan Kak Yam, nampak warna pon dah tahu sedap ni," puji Irma. Mak Yam tersenyum mendengar pujian daripada Irma.

"Tak ada apa la Ma, masak biasa-biasa je ni. Air tangan Irma pun apa kurangnya ya kan?" ujar Mak Yam sambil tersenyum.

"Haih ada-ada je la Kak Yam ni." ujar Irma dan tersenyum. Mereka segera menghidang makanan di atas meja.


*


"Aku gerak dulu la Rin, tuan dah ada dekat bawah tu. Nanti apa-apa aku bagitahu dekat kau." Diana terus menuju ke lif. Maklum la duduk rumah apartment macam ni memang susah sikit.

Sesampai sahaja di lobi, Diana mencari kelibat kereta Andrian. 'Mana kereta mamat ni? Aku tak nampak pun?' desis Diana.


PINN

Tersentak Diana di buatnya. Ya Allah, dah la malam. Lepas tu main hon hon pulak. Hish.. Diana terus menuju ke kereta tersebut dan membuka pintu penumpang hadapan.

"Tuan-" diana mati kata.

Diana terkaku di hadapan pintu tersebut. Tak sangka pula Tasya pun ikut bersama. Diana menutup pintu hadapan tersebut lalu terus membukan pintu bahagian belakang.

"Er, tuan dah lama ke sampai?" soal Diana.

"Eh kau ingat Boyfriend aku ni grab ke nak tunggu kau lama lama?" sampuk Tasya. Ish sebok la minah sewel ni, orang tanya Andrian bukan kau. Tiberr..

Diana tidak memandang ke arah Tasya. Malas la nak layan minah diva ni. Entah siapa yang bercakap dengan dia pun aku tak tahu.

"Aik diam? Kau bisu ke betina?" fuh makin panas pula keadaan sekarang ni. Kenapa tak puas hati sangat Si Tasya ni?

"Eh tak lah, aku ingat kan kau tengah cakap dengan radio tadi. Itu yang aku diam, lagipun tak elok menyampuk perbualan orang yang lebih tua. Maklum la, kau kan lagi tua daripada aku. Kan?" saja Diana hendak memanaskan hati Tasya.

"Eh kau ni kan!-" tak sempat Tasya hendak menghabiskan ayatnya lalu di tegur oleh Andrian.

"Dah la tu babe, tak payah nak marah sangat la dia ni. Nanti you yang stress." ujar Andrian sambil memegang tangan Tasya.

YA ALLAH ADEGAN APAKAH INI?? PLEASE NAK MUNTAH!! CEPAT LA SAMPAI RUMAH YA ALLAH!!

Diana menutup mulutnya dengan tapak tangannya. Ya Rabbi, kau selamatkan lah aku dalam kereta ni Ya Allah.. Rasa nak muntah dah ni..

Diana Sofea : You're MineWhere stories live. Discover now