~𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟏~

820 44 0
                                    



❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙

Pagi-pagi lagi sudah terdengar jeritan yang nyaring daripada tingkat bawah. Diana terjaga dari tidurnya dan menggosok perlahan matanya. Mukanya berkerut mendengar jeritan pondanz yang tidak keruan.

"WEH APA NI WEH! AAAAA" jerit Aryan.

"WEH GILA! KO LETAK BENDA TU SEKARANG! GELI SIA!" jerit Andrian pula.

"HEHEHE COME TO DADDY NOW! HEHE!" Dylan memegang bangkai seekor lipas dan cuba untuk menghampiri mereka berdua.

"DADDY HOTAK KAU! SEBELUM AKU HEMPUK KO GUNA BATANG KAYU, BAIK KO BUANG! KAU PERGI BUANG SEKARANG! BENGONG LAA!" Aryan yang masih lagi berada di atas tangga cuba untuk menyelamatkan dirinya daripada adik lelakinya itu. Begitu juga dengan Andrian. Menggigil seluruh badannya. Walaupun hanya seekor serangga yang kecil, tapi mampu terbang setinggi gunung kota kinabalu.

Haih harap badan je semua sado, tapi takut lipas aduh. Tapi tak apa, saya pun takut lipas jadi dimaafkan HAHAHA.

"Hek eleh setakat lipas je pun, itu pun nak takut. Menjerit mengalahkan pompuan. AAA TACHOOD ADA LIPAS AA! HAHAHA." dengan selamba Dylan memerli abang sulongnya itu.

Dylan pun berlalu pergi ke dapur untuk membuang bangkai lipas tersebut. "Hm.. Apa bising bising ni long.." Diana yang baru sahaja terjaga dari tidurnya akibat mendengar seperti seorang 'pondanz' yang sedang menjerit di bawah.

"Ek hem, er tak ada apa apa. Tu ha angah saja menyakat si Andrian ni." Lah Andrian pulak di tuduh? Bukan ke dia yang menjerit macam pondan tadi?

"Ha? Er.." Andrian menggaru kepalanya. Aku pulak yang kena?

"Hm okay, ni bangun awal pagi ni dah breakfast ke belum?" soal Diana yang masih lagi mamai.

"Belum, asal? Kau nak masak ke?" soal Dylan sambil mencekak pinggangnya. "Hm boleh je tapi ada bahan apa je ek nak masak- EH ANGAH AMENDE KO PEGANG TU HA?! PERGI BUANG SANA!" terbeliak mata dibuatnya. Padan pun jejaka idaman para wanita ini menjerit tak keruan. Ada penampakan lipas bersama lipas gergasi rupanya. Eh? Opss lipas gergasi? HAHHAHAHAHA.

Dylan menggaru belakang tengkuknya lalu berjalan ke dapur membuang bangkai lipas tersebut.

Diana juga turut berjalan menuju ke dapur dan membuka peti sejuk. Terdapat bahan makanan yang terdapat di dalam peti sejuk tersebut.

"Boleh la nak masak mee goreng pagi ni. Bahan bahan pun cukup." ujar Diana.

Sementara Diana sedang memasak sarapan pagi mereka, mereka bertiga ke ruang tamu bersama ayah menonton rancangan televisyen 'Tanyalah Ustaz'.

Tambahkan ilmu agama, lagi bagus! Biar insaf sikit, betul tak?

"Hari ni tajuk apa yah?" soal Dylan sambil memandang ayahnya yang sedang menonton siaran TV 'Tanyalah Ustaz'.

"Hari ni tajuknya pasal anak-anak yang derhaka terhadap ibu bapa." ujar Ezhar sambil menghirup air kopi yang masih hangat.

Aryan yang juga sedang meminum air kopi dengan secara tidak sengaja tersembur di hadapan wajah Dylan. "WOI LONG! APA BENDE NI HA?! SELEKEH SIOT!" marah Dylan sambil mengelap mukanya.

"Sorry do ngah, aku ni bukannya sengaja tapi lepas dengar tajuk tadi tu, macam kena pulak dengan kau..." ujar Aryan sambil membantu mengelap muka Dylan.

Andrian yang dari tadi melihat karenah dua beradik itu hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Ezhar memandang wajah Andrian. "Ayah mintak maaf la ya Andrian.. Dorang ni memang macam ni, biasa la dorang kan monyet. Tak sangka pulak ada dua ekor dalam rumah ni." selamba Ezhar. Ternganga Andrian dibuatnya. Monyet? Biar betul?

Diana Sofea : You're MineWhere stories live. Discover now