~𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟗~

410 22 1
                                    


❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙



"HA?! Andrian nak minang adik?!" berkerut dahi Dylan mendengar berita tersebut. Buang tabiat ke Andrian ni? Dah Si Tasya tu nak letak mana?

"Mama yang nak pinangkan untuk dia. Ian tengah frust la tu, tak boleh kahwin dengan Tasya. Mama tak restu," jelas Aryan.

Dylan mengangguk, "Aku sebenarnya bukan apa long, aku rasa berat hati nak bagi Andrian kahwin dengan adik. Kau tahu la ian tu macam mana kan? Baran, ego. Lagi satu, kita sendiri tahu, apa kerja dia selain CEO company ni kan?" Dylan memandang abangnya.

"Aku faham perasaan kau, aku pun abang dia jugak. And yea, aku pun berat hati nak bagi tapi nak buat macam mana? Mama yang nak sangat menantukan Yana tu," ujar Aryan. Nak bantah pun tak boleh. Nak atau tak, terpaksa ikut kehendak Irma juga.

"Kau rasa macam mana? Nak ke terima?" soal Aryan. Dylan memandang Aryan.

"Kalau dah mama yang nak pinangkan untuk dia, memang tak ada chance la untuk tolak. Aku tak nak sebabkan benda ni, kita semua bermusuh tau." ujar Dylan. Sedih pulak rasanya. Baru sahaja dapat bertemu kembali adik bongsu mereka. Tidak sampai setahun, adik bongsu sudah dipinang orang.

Secara tiba-tiba, telefon Aryan berdering. Terpapar nama 'Bapakku stylo milo!' di telefonnya.

"Siapa call?" Soal Dylan. Andrian ke call? Tak mungkin la kot. "Ayah call." Jawab Aryan sambil memandang wajah adiknya.

Panggilan pun diangkat.

"Assalamualaikum ayah. Ya kenapa yah?" ujar Aryan. Bibirnya diketap, jantungnya berdegup laju.

"Waalaikumussalam.. Kamu sihat Yan?" soal Ezhar. Sudah lama tidak bertanya khabar anaknya itu.

"Er, along sihat yah. Ayah sihat?"

"Alhamdulillah sihat.." ujar Ezhar. Tersenyum mendegar suara anak sulongnya itu. "Ayah, hm kenapa call?" soal Aryan.

"Tak ada, saja ayah call. Nak tanya khabar anak ayah,"

"Ouh, hm yah. Minggu depan kita orang nak datang," ujar Aryan. Matanya memandang kearah Dylan.

"Iya? Balik la, ayah dah lama tak jumpa." terukir senyuman dibibir Ezhar apabila mendengar berita anaknya akan pulang tak lama lagi.

"Baik, tapi kita orang balik dengan tetamu. Tak apa kan yah?" ujar Aryan. Apa la reaksi ayahnya nanti bila dapat tahu Irma akan datang meminang Diana.

"Tak apa.. Siapa tetamunya tu?" Soal Ezhar. Nampak gaya, rumah kena kemas ni. Maklum la, busy kerja mana ada masa sangat nak kemas rumah.

"Nanti ayah tahu, okay la ayah nanti kita borak lagi eh," ujar Aryan.

"Iya lah, Assalamualaikum." ujar Ezhar.

"Waalaikumussalam."

Panggilan pun ditamatkan.

"Asal tu long?" Dylan melihat wajah abangnya berkerut membuatkannya risau.

"Tak, ayah saja tanya khabar. Aku cakap dekat dia kita balik next week. Tapi tak bagitahu la siapa yang kita bawak balik sekali," ujar Aryan. Bukan masanya lagi untuk beritahu pada ayahnya.

Diana Sofea : You're MineWhere stories live. Discover now