~𝐁𝐀𝐁 𝟗~

763 39 3
                                    



❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙

Hampir seminggu Nurin mengetahui tentang hubungan teman lelakinya bersama perempuan lain. Dia cuba untuk berfikir positif dan memaafkannya tetapi malangnya hatinya berasa lebih sakit jika memaafkan teman lelakinya. Sudah tiba masanya untuk bertanya dengan tuan badannya sendiri.

"Awak, ni siapa? Lebih baik awak jujur dengan saya. Siapa dia ni?" soal Nurin kepada Fariz iaitu kekasihnya sambil menunjuk gambarnya bersama seorang perempuan.

"Babe, look benda ni semua salah faham je," jelas Fariz. Mukanya mula berubah.

"Salah faham? Awak cuba explain kat saya, apa yang salah faham? Berpeluk cium bagai tu dikatakan salah faham? Macam tu ke Fariz?" soal Nurin lagi. Nurin menggenggam kuat tangannya sehingga menampakkan urat kehijauan mulai timbul.

"Please babe, percaya la dekat I, itu bukan I, I difitnah. Please, percaya lah." pinta Fariz sambil menyentuh tangan Nurin.

"Eh apa sentuh sentuh ni? Haram ko tau haram? Dahlah kita couple ni haram , sentuh ni lagi lah haram. Eh dah! Tak payah la nak acah acah bagus sangat dekat sini. Dah tau buat salah tu, salah je lah! Lagi tak nak mengaku..
          Orang macam kau ni tak layak pun la hidup kat atas bumi ni. Baik ko hidup kat planet pluto sana. Itu pun belum tentu diterima!" jerkah Nurin sambil menepis tangan Fariz.

"Tapi I-"

"Diam. Mulai hari ni anggap je la kau dengan aku tak ada apa apa. Menyampah aku dengan orang macam kau. Buat semak je!" Nurin berlalu pergi meninggalkan Fariz.

"ARGH SIAL!" jerit Fariz. Tangannya mencengkam kuat rambutnya. Ah habis plan aku!




*





"Dik, jom balik rumah ayah nak?" soal Aryan sambil memandang Diana yang sedang asyik bermain dengan telefon pintarnya.

"Ha rumah ayah? Nak! Nak!" jawab Diana. Langsung telefon yang berada di tangannya di letakkan di tepi.

"Eh kejap, tapi bila?" soal Diana. Tak sabar rasa nak balik jumpa ayah. "Lusa" jawab Aryan.

"Okay, nanti adik mintak cuti." ujar Diana.

"Hm, eh ni Dylan mana?" soal Aryan. Seharian tak nampak batang hidung. Pergi mana la budak bertuah tu agaknya.

"Ouh, angah keluar. Pergi mana entah dia, aku pun tak tahu," jawab Diana sambil menonton drama di TV. Aryan mengangguk.

"Kalau gitu aku nak naik atas kejap, nak mandi. Kau kalau ada orang ketuk pintu, jangan bukak faham?" pesan Aryan. Takot la apa-apa jadi nanti kan? Baik pesan awal-awal.

"Habis kalau angah balik?" bingung. Takkan nak biarkan dia saja dia luar kan?

"Biarkan je dia duduk dekat luar." jawab Aryan dengan selamba sambil berjalan menuju ke tingkat atas.

"Aik, gitu pulak? Pelik." ujar Diana. Dia sambung menonton drama korea di ruang tamu.

"Ha si Lee Soo Tong ni bila la nak confess si Kim Yea Ji ni? Dah sepadan tu kahwin je la. Geram pulak aku tengokkan!" ujar Diana yang sedang fokus menonton drama korea itu.

TOK TOK TOK..

'Ha sudah siapa pulak tu' desis Diana sambil menoleh kepalanya ke arah pintu utama.

Diana Sofea : You're MineWhere stories live. Discover now