❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙Selepas sebulan majlis Andrian dibatalkan, Andrian mengambil keputusan untuk berjumpa semula dengan Tasya dan membincangkan tentang hubungan mereka.
"You.. I'm sorry, I janji I takkan curang lagi. Tu semua salah I, tapi I pun manusia biasa you.. Maafkan I please?" rayu Tasya. Andrian memandang Tasya tanpa sebarang jawapan.
"You.. Jangan la macam ni, I tahu ni semua salah I.. Bagi I peluang sekali je lagi, kita fix balik hubungan kita and mulakan hidup baru ya?" pujuk Tasya. Tak henti-henti meminta peluang untuk baiki kesilapannya.
Tetapi betul ke yang dia ingin membaiki kesilapannya? Atau sebenarnya ingin mempergunakan Andrian untuk kesenangan hidupnya? Tak ke gitu?
"You nak peluang? Fine, I bagi you sekali je lagi peluang. But if you sia-sia kan peluang ni, no more chance for you. Okay?" Andrian menyilangkan tangannya ke dada. Tasya tersenyum gembira.
"Thank you baby!" Tasya memeluk lengan Andrian. Eww adegan apakah ini..
"Janji dengan I tau! Jangan curang belakang I lagi, if u betul-betul dah tawar hati dengan I. Please face to face with me, I tak suka u tikam belakang I. Understand?" soal Andrian. Tasya mengangguk.
"I janji!" ujar Tasya dan mencium pipi Andrian.
*
"Ui!" tegur Nurin. Ni sorang lagi minah, tak reti nak bagi salam betul! "Hm asal?" Diana memandang Nurin. Sejak kebelakangan ni, Diana selalu termenung. Tak tahu la apa yang difikirnya.
"Kau termenung apa? Aku tengok kau ni, selalu termenung. Kau ada masalah ke?" soal Nurin. Ya la sebelum ni tak pernah pun termenung sampai macam ni sekali. Sepanjang minggu ni, memang tak terkira berapa kali Diana termenung.
Diana hanya memandang Nurin tanpa menjawab soalan Nurin. Perlu ke dia meluah perasaan dia? Makin hari perasaan gelisah makin menjadi-jadi. Hidup dia seperti diperhatikan pun ya.
Diana memegang telapak tangan Nurin. "Rin, macam mana kalau one day aku kena culik? Apa perasaan kau?" soal Diana secara tiba-tiba.
"Eh apa kau cakap ni? Buang tebiat ke apa?Kenapa tiba-tiba orang nak culik kau pulak? Kau okay tak ni?" Nurin mengusap wajah Diana. Diana menggeleng kepalanya.
"Aku rasa gelisah Rin, tiap hari aku rasa ada orang perhatikan aku. Aku rasa diri aku tak selamat Rin. Aku takut.." ujar Diana dengan nada yang bergetar. Perlahan-lahan air mata Diana mengalir. Apa yang membuatkan Diana berasa begitu? Gelisah?
"Dah lah, jangan fikirkan lagi.. Tak ada apa la yang jadi." ujar Nurin lalu memujuk Diana sambil memeluk tubuh Diana.
*
Keesokkan paginya, Diana ke tempat kerjanya seperti biasa. Walaupun hati masih lagi berasa gelisah.
(FLASHBACK)
TING!
Diana mendapat mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya.
"Aku nak kan kau Diana.."
"Wait for me baby.."
YOU ARE READING
Diana Sofea : You're Mine
Romance𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, cintakan kau." - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 Dipaksa untuk berkahwin dengan adik tiri kekasihnya sendi...