~𝐁𝐀𝐁 𝟔~

1.1K 82 2
                                    


❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙


Mereka yang baru sahaja tiba di rumah agam keluarga Andrian, melangkah memasuki ke dalam rumah agam tersebut.

Dari tadi lagi Diana tidak puas melihat kawasan sekeliling rumah agam keluarga Andrian. Kawasan yang tersangat luas. Belum lagi dalam rumah, silap-silap boleh sesat!

"Kamu berempat dari mana? Dari Gombak ke?" soal Aaron Fareed. "Ya pa, kami dari Gombak." jawab Andrian. Fareed mengangguk.

"Kamu sini kejap Andrian, papa ada nak bincang sesuatu dengan kamu."

Tanpa membuang masa, Andrian bergegas melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan ayahnya.

Manakala Aryan, Dylan dan juga Diana pula duduk di tempat khas yang disediakan untuk mereka. Diana hanya mengikut langkah kedua abangnya.

"Ada apa pa?" soal Andrian.

"Macam ni, papa nak tanya kamu sekali lagi. Kamu betul ke nak batalkan majlis tu?" soal Fareed kepada anak terunanya.

"Ian tak tahu papa, ian buntu. ian sayangkan dia tapi dia sanggup tipu ian. Biar lah majlis ni di batalkan dulu. Lagipun, ian perlukan masa untuk fikirkan semua ni." jawab Andrian dengan yakin.

"Kalau macam tu, tak apa lah. Papa hormat keputusan kamu. Papa bukan apa, papa takut kamu bertukar fikiran. Satu masalah pula." jelas Fareed.

"Ya, ian faham pa.." ujar Andrian.

"Tak apalah ni, papa nak masuk bilik dulu. Yang dia orang bertiga tu, tidur sini aje malam ni. Nanti suruh mak yam kemas kan bilik mereka ya. Papa masuk bilik dulu." ujar Fareed sambil berjalan menuju ke tangga.

"Baik pa.." Andrian hanya memandang ayahnya yang berjalan meninggalkannya. Andrian bangun dari duduknya dan berjalan ke arah mereka.

"Dah kau orang tunggu sini jap aku nak panggil mak yam untuk kemaskan bilik kau orang." Andrian yang baru sahaja ingin memanggil mak yam, secara tiba- tiba langkahnya terhenti.

"Eh kejap, habis tu baju kita orang?" soal Dylan.

"Pakai je la baju aku." jawab Andrian. Kepalanya di pusing memandamg Dylan.

"Habis tu saya?" soal Diana pula.

Andrian memandang Diana dari atas hingga ke bawah. "Kau takkan tak boleh pakai baju aku?" soal Andrian.

"Besar laa." ujar Diana.

"Ah pakai je." jawab Andrian dan berlalu pergi. Diana mulai mencebik. Badan dia ni dah la kecik, kalau nak dibandingkan dengan badan Andrian memang tak padan la jawabnya.

"Bersyukur la dik." ujar Aryan. Diana pasrah, nak buat macam mana? Tak ada pilihan lain kan? "Nah, ambik baju dengan seluar ni." Andrian memberi pakaian kepada setiap seorang. Hanya Diana sahaja yang speacial sikit, dia dapat kain batik.

"Thanks bro." ujar Dylan dan Aryan serentak.

"Hm, dah lah gi masuk bilik sana. Macam kau tak biasa." ujar Andrian dengan wajahnya yang jelas keletihan. mereka berdua mengangguk dan berjalan menuju ke bilik mereka.

Diana Sofea : You're MineWhere stories live. Discover now