❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙"Assalamualaikum." ucapan salam diberi semasa Aryan melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam, lewat kau balik long. Kau pergi mana?" Diana memandang abang sulongnya itu sambil memakan keropok paket di ruang tamu. Hm, malam malam dah dekat depan tv tengok cerita apa lagi kalau bukan drama korea. Ye tak?
"Aku hantar Nurin balik tadi." ujar Aryan dengan riak wajahnya yang tenang. Apa dia? Tak dengar la, cuba ulang sekali lagi?
"HA?" Diana pantas meletakkan keropoknya di atas meja. "Kau.. kau keluar dengan Nurin? Serious la ni long?" sukar untuk dipercayai Diana. Keluar dengan Nurin? Biar betul?
"Nampak gayanya, tak lama lagi kita dapat kakak ipar la dik. Kawan kau pulak tu HAHAHA!" Dylan pula menyakat abangnya.
"Asal? Aku tak boleh keluar dengan Nurin ke?" Aryan berjalan ke arah mereka dan duduk di sebelah Diana.
"Bukan long, aku just macam tak percaya kau keluar dengan kawan aku sendiri. Adakah ini boleh dikatakan... First date korang ha?" ujar Diana sambil menyenggolkan lengannya ke lengan Aryan.
Aryan mencubit lengan Diana, "AH AUU SAKIT LA!" Diana langsung menjeling abangnya.
"Haa padan muka, cakap lagi benda bukan bukan. Aku keluar dengan dia sebab nak dia lupakan ex dia, itu je. Aku nak dia tenangkan fikiran dia tu, dari menangis 24 jam macam mak hilang anak. Lagipun aku dah anggap dia macam bestfriend aku sendiri or adik angkat?" jelas Aryan dengan tenang sambil memakan keropok Diana.
"Ee benda ni main adik adik angkat ni. Low class la kau ni long." ujar Dylan dengan selamba.
"Ceh, ambik bestfriend orang. Kau guna cara apa untuk dia lupakan ex dia tu? Kau jadi boyfriend baru dia pulak ke? HAHAHAA. Lagipun, apa salahnya kalau kau suka Nurin tu. Lagi bagus.Kan kan? #Abangkumerampasbestieku." Diana memandang Dylan. Dylan mengangguk setuju.
Penampakan Andrian yang sedang menuruni tangga diperhatikan oleh Dylan, "Korang borak apa tu?" tegur Andrian.
"Tak ada ni ha, Aryan keluar dengan member Diana. Siap pergi hantar balik rumah lagi. Tak lama lagi ada orang baru la dalam family kita orang ni HAHAHA! Ingatkan Yana yang dapat dulu, eh rupanya along yang dapat!" ujar Dylan. Saja nak menyakat si abang pulak. Biasanya menyakat adik bongsu HAHAHA.
"Pergh awal ek kau Yan. Kalau betul la kau dah suka dekat dia, teruskan je la. Kalau dah ada niat nak di halalkan lagi bagus." ujar Andrian. Betul juga, Takkan la nak dibawa anak dara orang kesana sini kan? Eh tapi Andrian ni selalu je bawak Tasya tu keluar boleh pulak ek?
"Betul! Aku setuju dengan kau! Lagipun, tak elok la kau nak bawak dia keluar sana sini. Macam tak manis di pandang haa tak ke gitu?" Dylan menyambung makan keropok paket milik Diana. Dah kali ke berapa dah ni keropok paket kena rembat aduh.
"Entah la, nanti la aku pikirkan. Dia baru je break up dengan boyfriend dia." ujar Aryan sambil mengambil keropok paket daripada Dylan. Semua mengangguk.
"Tak, sekarang ni yang semua nak rembat keropok aku ni dah kenapa?! Ni aku punya keropok!" bengang Diana. Kalau ye pon lapar sangat, pergi la ambik sendiri. Haih! Aryan dan Dylan hanya tersengih.
YOU ARE READING
Diana Sofea : You're Mine
Romance𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, cintakan kau." - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 Dipaksa untuk berkahwin dengan adik tiri kekasihnya sendi...