~𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟕~

446 28 0
                                    





❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙



Hampir seminggu Diana tidak dapat tidur dengan lena. Setiap jam, setiap hari mendapat mesej yang sama daripada nombor yang berlainan. Apa yang dia nak sebenarnya?

Perlu ke kacau hidup setiap hari? Setiap malam juga Diana menangis memikirkan tentang perkara tersebut. Kehidupannya seakan tidak selamat. Sehingga lah kejadian malam tadi...

(FLASHBACK)

Diana baru sahaja keluar daripada bilik air. Niat ingin mengeringkan rambutnya selepas mandi terbatal. Secara tiba-tiba Diana mendapat mesej yang baharu daripada nombor yang berlainan.


"Diana.."
"Kau takkan dapat lari daripada aku.."
"Kau milik aku Diana.."
"Kau akan jadi milik aku..."



Mesej terakhir seseorang itu membuatkan Diana meremang. Siapa jantan psiko ni? Seluruh tubuh badan Diana mula menggigil. Air mata mula mengalir ketakutan. Ya, hidup dia seperti diperhatikan.

Segala pergerakannya terbatas. Aku takut Ya Allah. Kau selamatkan lah aku Ya Allah..

(END FLASHBACK)


*


TOK TOK TOK

Pintu bilik Andrian di ketuk oleh Diana. "Masuk!" laung Andrian. Diana melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ini list nama yang tuan mintak tadi, and then ni pulak jadual untuk hari ni dengan esok. Kalau tuan approve dengan jadual ni jadi saya akan bagitahu pihak sana la. Kalau tuan nak cancel, boleh cancel sekarang." jelas Diana.

"Malam ni ada dinner dengan Tan Sri Fazwan?" soal Andrian. Senarai nama dan juga jadualnya dibelek dan diletakkan di atas mejanya.

"Ya tuan, kenapa? Tuan ada hal penting ke? Kalau tak, saya boleh bagitahu pihak sana yang tuan nak tukar dengan tarikh yang lain," ujar Diana sambil tersenyum. Senyum untuk menutup keresahan.

"Mama suruh aku ajak kau pergi dinner dengan dia malam ni," ujar Andrian mendatar. Diana hanya mengangguk faham.

"Kau cancel je la, tunda minggu depan. Bukannya tak boleh buat hari lain." ujar Andrian lagi.

"Baik tuan." ujar Diana sambil mengangguk.

"Malam ni aku ambik kau, pukul 8 jangan lambat. Faham?" Andrian memandang Diana dengan tajam.

"Er.. Baik tuan.." Diana pun berlalu keluar dari bilik tersebut.


*



(DIANA POV)


Diana menutup pintu bilik tersebut dengan perlahan. Baru saja ingin menoleh ke belakang, lalu disergah oleh Faressya. "UI!" gugur jantung Diana dibuatnya. "AKAK!! Terkejut orang tau! Ish!" Diana menampar perlahan lengan Faressya.

Biasa la nak bergurau manja kan. "Haha, ni Diana buat apa dalam bilik Tuan Andrian?" soal Faressya.

"Buat apa? Buat apa lagi kak, hantar list yang dia nak dengan jadual dia semua la kak. Kerja apa lagi yang ada," Diana tersenyum. Faressya ni boleh dikatakan makcik kepo pon ya jugak. Datang sini mesti nak tahu pasal hubungan Andrian dengan Tasya.

Diana Sofea : You're MineWhere stories live. Discover now