❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙"Ayah! Sakit yah! D-Diana mintak maaf! Yana janji tak buat lagi! Sakit yah!" rintihan Diana tidak dihiraukan. Di pukul, di tendang dan di maki itu perkara biasa buat Diana.
Walaupun ia sudah menjadi kebiasaan setiap hari, rasa sakit akan tetap terasa. Sepanjang hidup Diana, Diana tidak pernah berasa gembira. Selepas kedua ibu bapanya bercerai, Diana di jaga oleh ibunya. Manakala kedua abangnya pula, di jaga oleh ayahnya.
Mereka bertiga terpisah. Sejak dari itu, Diana tidak pernah bertemu dengan kedua abangnya lagi.
"Siapa izinkan kau keluar pergi kedai ha bodoh?! Kau ni memang tak faham bahasa kan?" Aziz masih lagi tidak puas memukul Diana dengan menggunakan tali pinggang. Tidak habis dengan itu, menendang Diana di bahagian perut. Syukur berlaku sebarang kecederaan yang teruk.
"D-Diana mintak m-maaf ayah.. Diana janji tak buat lagi.." Diana masih lagi merayu kepada Ayah tirinya itu. Sanggup memukul anak tirinya tanpa belas kasihan. Tak berhati perut sungguh.
"Sakit! Sakit ayah sakit!" Diana mula mengigau di dalam mimpinya. "AAA! Astarghfirullah..Astarghfirullah," Diana terjaga dari mimpinya yang tidak seberapa indah itu. Badannya mula menggigil apabila mengimbas semula kejadian tersebut.
Diana bangun dari katilnya dan bergegas ke bilik air dan terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu subuh.
Untuk hari pertama dia bekerja, Diana memilih untuk memakai baju kemeja berwarna putih dan seluar slack yang berwarna hitam dengan mengenakan tudung shawl berwarna hitam.
*
"Eh bangun dah anak dara ni? Awal kau bersiap nak pergi kerja? Semangat betul kau ni haha," Nurin yang sedang menyediakan sarapan memandang ke arah Diana.
"Of course laa, hari ni first day masuk kerja kot. Takkan la nak datang lewat kan?" soal Diana yang menuju ke meja makan. Lalu Diana menarik kerusi meja makan tersebut dan melabuhkan punggungnya.
"Hmm ye la. Ni aku nak tanya, kau pagi tadi mengigau ke apa? Kenapa aku dengar macam suara kau menjerit pagi tadi? Ke aku salah dengar eh?" soal Nurin.
'Alamak, macam mana dia boleh dengar? Kuat sangat ke aku mengigau pagi tadi?' desis Diana
"Eh a..aku mengigau ke pagi tadi? Aku tak sedar pun," tipu Diana. Ala tipu sunat tak apa, sekali sekala bukan selalu.
"Iya, kuat jugak la suara kau tu. Aku ingat kan apa la yang sakit rupanya kau mengigau. Takkan kau tak perasan?" soal Nurin sambil menghulurkan pinggan kepada Diana.
"Oh ye eh, aku pun tak sedar la. Dah jom breakfast. Sedap bau nasi goreng yang kau masak ni," puji Diana. Diana mencedok nasi goreng tersebut. Kena isi perut dulu sebelum pergi kerja, baru ada tenaga.
"Ah kau, ada je yang nak dipuji. Dah cepat makan, nanti lambat pergi kerja," Nurin tersenyum apabila dipuji. Berbunga-bunga hati Nurin dipuji oleh Diana. Uu ada orang suka la masakan kita.
*
Diana memandu keretanya menuju ke tempat kerjanya itu. Diana berasa sangat teruja kerana hari ini merupakan hari pertama dia bekerja sebagai PA kepada CEO R.A'S CO.
"Tak sabarnya nak jumpa 'bakal' bos aku. Mesti dia handsome kan? Agak-agak dia single lagi tak? Muka dia ada macam Joss Way-ar tak? Tapi tu orang thailand. Hm, kalau muka macam mat saleh muka siapa? Entah la. Tapi Yana, cuba kau bayangkan kalau bos kau tu badan sado, tinggi lampai, kulit putih tak pun kulit sawo matang fuh lagi semart woo," angan Diana. Sementara menunggu traffic light, tak salahkan kalau kita berangan sekejap?
YOU ARE READING
Diana Sofea : You're Mine
Romance𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, cintakan kau." - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 Dipaksa untuk berkahwin dengan adik tiri kekasihnya sendi...