❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙Perjalanan mereka dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru mengambil masa lebih kurang empat jam. Diana terlebih awal dahulu telah pulang ke rumah ayahnya seminggu sebelum rombongan meminang.
Diana yang berada di halaman luar rumah berhampiran dengan kolam renang, hanya mendiamkan diri. Memandang kolam tersebut dan termenung. Termenung memikirkan kehidupannya akan datang.
Bahagia ke dia? Bagaimana dengan perasaanya? Mampukah dia? Haih..
PIN PIN
Kedengaran kereta meng'hon' memasuki pekarangan rumah tersebut. Diana terus memasuki ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.
Dia hanya mengenakan baju kurung berwarna merah jambu dan tudung shawl berwarna putih. Simple bukan? Ya la, bukannya berharap sangat pun. Cukup apa yang ada, kalau dah jadi baru la buat yang gempuak sikit.
"Eh, dah sampai!" Ezhar tersenyum.
"Assalamualaikum! Ezhar, lama tak jumpa kau!" Fareed memeluk sahabatnya itu.
"Waalaikumussalam, lah kau Fareed. Ya Allah, keciknya dunia ni!" Ezhar tersenyum.
"Kami datang ni ada hajat," ujar Irma. Dia memandang ke arah suaminya itu. "Apa hajatnya tu?" soal Ezhar.
"Hajat kami datang ke sini, untuk menyunting bunga di taman." jawab Fareed sambil tersenyum. Ezhar sedikit terkejut. Tak sangkakan? Orang yang hendak meminang anaknya itu. Rupanya, anak kepada kawan baiknya sendiri.
Sebelum mereka sampai di rumah Ezhar, Diana awal-awal lagi telah memberithu kepada Ezhar bahawa ada seseorang datang untuk meminangnya. Pada awalnya, Diana berfikir ayahnya tidak akan setuju, tetapi tidak. Sangkaannya salah. Ayahnya membenarkan Diana untuk berkahwin sebelum abangnya.
"Bunga yang mana satu tu ya?" soal Ezhar kembali. Dylan menepuk dahinya. Aduh ayah, bunga yang mana lagi ada dalam rumah ni? Dah sah-sah la Diana seorang je yang ada.
Fareed tertawa. Dia tahu, Ezhar sedang bergurau dengannya. "Haih kau ni Har, masih lagi sama macam dulu.." Fareed menggeleng kepalanya sambil tertawa kecil.
Macam mana Ezhar dengan Fareed boleh kenal? Haa, Dia orang berdua ni memang dah berkawan baik sejak sekolah menengah lagi. Senang cerita, dia orang ni dah lama kenal. Ponteng kelas pun sama-sama, meniru masa peperiksaan pun sama-sama. Susah senang pon bersama.
Fareed la orang yang tolong Ezhar masa dia baru mula-mula membuka syarikat. Tahu-tahu, dah nak jadi besan dah dia orang ni. Cepat je masa berlalu.. Dan sebab itu la Dylan dan Aryan sangat rapat dengan Fareed. Sebelum ni, ada je mereka berhubung satu sama lain. Cumanya mereka tidak berkesempatan untuk bertemu lagi disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Eh ni jemput masuk.. Takkan la nak duduk kat luar ni. Jemput masuk. Sila,sila." Ezhar menyambut tetamu dengan baik. Mereka melangkah masuk dan melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk itu.
Penampakan susuk seorang gadis menuruni tangga dan bergegas ke dapur. Tak lama kemudian, Diana ke ruang tamu sambil membawa dulang air yang berisi kopi O panas.
YOU ARE READING
Diana Sofea : You're Mine
Romance𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, cintakan kau." - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 Dipaksa untuk berkahwin dengan adik tiri kekasihnya sendi...