~𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟑~

538 31 0
                                    



❧𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 🝮 ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃 𝒜𝓃𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃☙





"Morning Diana," sapa Faressya. "Eh! Kak Sya! Morning!" Diana tersenyum.

"Nampak macam busy je, banyak ke kerjanya tu?" soal Faressya. Nampak macam busy je duk menghadap laptop tu lama-lama.

"Hm nak cakap busy tu, busy la jugak. Semua kerja tuan bagi dekat kita, ye la dia kan off day hari ni. Jadi kita la kena buat kerjanya." jelas Diana. Matanya masih lagi terpaku di laptop.

"Faham, ye la kerja macam kita ni mana pernah tak busy kan?" soal Faressya. Diana mengangguk. Betul tu, siapa kata PA ni tak banyak kerja? Kalau dah bosnya pon jenis kehulur kehilir tak ke banyak kerja tu?

"Betul tu kak, banyak benda nak kena buat.. Haih.." Diana mengeluh. "Ye la Yana, kerja apa je yang tak penat kan? Dah la akak pergi dulu eh? Nak kena hantar report dekat Tuan Izz ni." ujar Faressya.

"Baik kak." ujar Diana sambil tersenyum memandangnya. Faressya berjalan meninggalkan Diana yang sedang menyiapkan kerjanya.

"Oi dik!" tegur Dylan secara tiba-tiba. Melihat Faressya yang baru sahaja pergi, dia terus ke meja adiknya.

"OH MAK KAU HIJAU! Ish angah!" latah Diana. Haih, yang ni lagi sorang. Tak habis habis nak kejutkan orang.

"HAHAHA! Dik, Kak Sya buat apa datang sini tadi?" soal Dylan. Dari tadi dia tengok Faressya rancak berborak dengan adiknya tu. Agaknya gosip pasal apa la tu, dia kan kaki gosip. Oops!

Diana memandang wajah Dylan, "Ouh, dia tanya tadi banyak kerja ke. Ye la, nampak sibuk sangat macam tak ada kerja lain." ujar Diana.

Dylan mengangguk faham. Ingat kan bergosip tadi, tapi adiknya bukan sejenis bergosip. Tak mungkin la Faressya datang sini semata-mata nak bergosip kan?

"Eh dik, jom la lunch! Aku lapar ni~" ujar Dylan sambil menggosok perutnya. Diana tergelak kecil. Ada-ada je abangnya ni.

"Jom! Aku pon dah lapar dah ni. Alang alang kau dah ajak aku pergi makan. Apa kata kau belanja aku haa," Dylan menggeleng kepalanya. Ada aje benda yang nak di 'pau'nya.

"Ye la, mentang-mentang aku ni abang kau. Suka hati je nak pau orang!" ujar Dylan sambil menunggu Diana mengemas barangnya.

"Ala bukan selalu! Lagi pun aku tak suruh pun kau belanja yang mahal-mahal, cukup mamak pon dah okay." ujar Diana sambil tersenyum. Terbeliak mata Dylan. Mamak? Biar betul?

"Mamak je dik? Kau ni, biar betul? Kau demam ke apa?" ujar Dylan sambil menyentuh dahi Diana. Diana berkerut. Buang tebiat agaknya dylan ni.

"Ish! Apa yang tak betulnya? Betul la ni! Kau nampak macam aku demam ke? Takkan?" soal Diana. Hish, ada pulak tak betulnya.

"Pelik.." ujar Dylan perlahan. Dia melangkah menuju ke lif, diikuti dengan Diana yang berada di belakangnya. Habis awning aku hancur! Dah nak kena betulkan balik.

Butang lif ditekan ke aras bawah di mana keretanya di parkir. Dylan menuju ke keretanya begitu juga dengan Diana.

Mereka memasuki ke dalam kereta Audi milik Dylan. Enjin dihidupkan oleh Dylan dan memakai tali pinggang. Dylan memulakan perjalanan mereka dengan lafaz bismillah. Apa? Ingat orang macam dia tak baca doa dulu ke sebelum drive? Baca tau!

"Dik, serious la ni nak makan dekat mamak je? Tak nak makan lain? Serious ni?" soal Dylan yang sedang memfokus memandu. Diana mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Kalau macam ni la gayanya, untung la siapa yang dapat Diana ini. Tak cerewet, makan je apa yang ada.

Diana Sofea : You're MineWhere stories live. Discover now