Bab ini hanya bercerita tentang Geng Kokotaim iaitu Fang, Yaya, Ying dan Gopal sahaja... Ianya mengenai... Mungkin masa lalu atau masa kini mereka dan bahkan mungkin rahsia mereka...A Little story About them
Pada suatu malam yang meriah di Pusat Kota Emerald,
‘Akhirnya!!! Aku dapat keluar!’ Jerit seorang remaja lelaki memakai pakaian berkerudung menutupi kepalanya sambil melihat suasana di sekelilingnya
Sedang dia sibuk memerhati persekitarannya, secara tidak sengaja dia terlanggar seorang remaja perempuan yang sedang membawa barangan sehingga mereka terjatuh bersamaan.
“Aduh…” Ucap mereka serentak selepas terjatuh secara tidak sengaja
“Ah! Mana cermin mata ni…” Ucap seorang remaja perempuan itu meraba-raba tanah mencari sesuatu
Remaja lelaki itu yang secara kebetulan terlihat barang yang cari terus mengambilnya lalu memberikannya kepada remaja perempuan itu…
“Ini, cermin mata kau… Dan maaf sebab terlanggar kau.” Ucap remaja lelaki itu dan menghulurkan cermin mata milik remaja perempuan itu sambil memandang ke arah yang lain.
“Terima kasih…” Ucap remaja perempuan itu sedikit tersipu malu lalu mengambil cermin mata miliknya dan mengutip barangan yang dibawanya sebelum dibantu oleh remaja lelaki yang menyebabkan dirinya terjatuh
“Biar aku tolong kau.” Tawar remaja itu sebagai permohonan maaf kerana menyebabkan mereka terjatuh
“Terima kasih…!” Ucap remaja perempuan itu lalu menunjukkan arah ke rumahnya
“Nama aku Fang.” Ucap remaja lelaki itu memperkenalkan dirinya.
“Saya Ying.” Balas remaja perempuan itu sedikit malu
“Selamat berkenalan.” Kata Fang sambil tersenyum gembira
Dan hanya dibalas anggukkan oleh Ying, lalu mereka pun berjalan bersama menuju ke rumah remaja perempuan itu yang merupakan sebuah bakeri….
Tamat part 1
Kediaman Duke Ixora,
“Cik muda!!!” Jerit cef di kediaman itu kerana terkejut melihat puteri Duke Ixora yang berada di dalam dapur miliknya lagi.
“Oh, hai cef! Hari ini saya buat biskut! Nak sikit?” Tanya Yaya Ixora, puteri Duke Ixora yang disayangi oleh semua penghuni kediaman itu yang bakal menginjak ke alam dewasa itu.
“Kenapa tidak beritahu saya untuk buatkan biskut ini? Tidak perlu cik muda buat sendiri begini!” Terang cef itu yang melihat baju dan muka puteri Duke itu terkena tepung
“Hihihi… tak apa… cef nak biskut?” Tanya Yaya lagi sambil tersenyum manis
“Err… Saya…” Ucap cef itu mahu menolak pelawaan itu tetapi…
“Hm….” Yaya, dengan matanya yang bersinar menatap ke arah cef itu.
Dan akhirnya cef itu pun menyerah kerana mata Yaya yang sangat berharap itu lalu memakan biskut yang dibuat oleh Yaya… beberapa saat selepas itu, cef itu jatuh pengsan setelah memakan biskut tersebut…
Tamat part 2
Akademik Realmist, sebuah akademi yang menerima pelajar secara terbuka dan tidak mengenal status bangsawan mahupun rakyat biasa selama mereka menuntut ilmu di sana. Akademik ini juga sangat terkenal dengan ketegasan disiplin serta peraturan yang ketat untuk menilai kelayakan kemasukan pelajar dan mengekalkan keunggulan prestij akademik tersebut.
Di suatu tempat yang agak terpencil,
“Gopal !” Panggil seorang remaja perempuan sekitar umur 13 tahun berjalan menuju ke tempat itu sambil memegang sebekas makanan di tangannya
“Ah, Ying!! Marilah ke sini…” ajak Gopal sambil melambaikan tangan ke arahnya.
Sampai sahaja di situ, Ying terus menyerahkan makanan yang dibawanya itu kepada Gopal.
“Nah, aku ada bawa makanan.” Kata Ying
“Wah, terima kasih Ying!” Ucap Gopal gembira melihat makanan yang dibawa oleh Ying.
Mereka pun makan bersama di situ sambil berbual dan sesekali tertawa bersama.
Tamat part 3Permulaan sudah diungkap, mari kita ke cerita utama...
See you in chapter 1...👋
2/3/2023
YOU ARE READING
Kuasa Yang Terkunci
FantasyWarninggg!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata Penerangan cerita Pada suatu masa dahulu, di sebuah kerajaan yang megah, makmur dan aman damai iaitu, Kerajaan Vallius. Kerajaan yang diberkahi oleh kuasa-kuasa hebat yang diturunkan secara turun...