Bab 13 Sesuatu Berlaku!

47 3 0
                                    

'Sringgg'...

Bunyi pertembungan dua senjata yang mengejutkan semua yang berada di situ...

Satu adalah cakera milik Blaze manakala satu lagi senjata yang memberhenti cakera tersebut iaitu sebuah pedang petir yang berwarna merah pekat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas kejadian Blaze diculik

Di markas rahsia...

Sebuah tempat yang terlihat agak mewah dengan satu meja panjang di tengah-tengah ruangan bilik dan seorang lelaki bertopeng separuh muka yang duduk selesa ditempatnya dengan seorang dua di belakangnya juga bertopeng separuh muka.

Dihadapan lelaki itu ada dua orang penuh berkerudung berdiri di hadapan lelaki itu

Seorang didepan dan seorang lagi dibelakang

"Jadi... bagaimana dengan kerja kau terhadap budak itu? " Tanya lelaki itu sambil tangannya bermain-main dengan gelas kaca yang sedang dipegang sambil hujung bibirnya ditarik sedikit.

Yang ditanya membuka kerudung yang dipakai menunjukkan muka yang kurang senang

"Malang sekali tidak berjaya." Kata lelaki itu dingin, matanya tajam memandang lelaki bertopeng dihadapannya jelas tidak suka dengan sosok lawan bicara di hadapannya

Jawapan itu justru menyebabkan gelas kaca yang dipegang lelaki bertopeng itu tadi sedikit retak 

"Tetapi... Aku tidak berkata aku gagal sepenuhnya." Ucap lelaki berkerudung tadi dengan suara tenang walau selepas melihat reaksi lawan bicaranya 

"Apa yang dapat mengganti kegagalan kau ini?" Tanya lelaki bertopeng itu semula dengan suara yang dingin

Yang ditanya hanya diam sebelum memetik jarinya

Seorang bawahan lelaki itu muncul dengan membawa seorang remaja yang tidak sedarkan diri

"Siapa dia?" Tanya lelaki bertopeng itu masih terdengar dingin

"Kami kurang pasti, tapi dilihat dari wajahnya... Rasanya dia salah seorang adik dia. Kau boleh gunakan dia tetapi..." Jawab lelaki berkerudung tanpa secebis senyuman

"Baiklah. " Kata lelaki bertopeng itu memahami maksud kata-kata itu

Lelaki bertopeng itu memberikan sekarung syiling emas kepada lelaki itu...

"Cukup? " Tanya lelaki bertopeng itu

"Heh...  Kau bergurau?" Tanya lelaki berkerudung itu

"Baiklah, bagaimana jika aku beri kau satu tugas lagi, Aurea ? " Balas lelaki bertopeng itu sedikit tersenyum sinis dan memainkan jari-jemarinya. Dia senang melihat perubahan reaksi lawan bicaranya walau tidak kelihatan kerana topeng yang dipakai

"Tidak.  Aku terima yang ini." Jawab lelaki itu mengambil karung tersebut.  Muka penuh amarah dengan mata tajam menghiasi wajah lelaki itu saat mendengar perkara itu.

"Aku harap kau tepati janji kau. Kau ambil budak tu. Jangan ganggu aku lagi. Urusan kau dan aku sudah selesai. " Ucap lelaki itu lalu berpaling keluar dari bilik itu bersama kedua bahawannya tadi meninggalkan mereka dan sosok putera yang tidak sedarkan diri itu

"Baiklah. Tetapi kau perlu ingat, jika kau berpaling apa akibatnya." Balas lelaki bertopeng itu bersahaja hanya menghantar pandangan kepada lelaki yang dipanggil Aurea tadi

Lelaki bertopeng itu memandang ke arah Blaze yang tidak sedarkan diri itu dengan sekilas senyuman terbentuk sebelum memetik jarinya

"Ya, tuan." Jawab dua orang di belakang lelaki bertopeng itu sedia mendengar arahan 

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now