"Aku rasa... sudah tiba masanya mereka tahu perkara ini." Ucap Aries memandang ke arah Halilintar yang hanya diam dengan raut wajah yang tidak suka"Lucas, hubungi Sir Gillbard dan Sir Vyner. Beritahu mereka yang kedua putera ini akan bermalam di sini." Perintah Halilintar dengan suara bernada rendah tanpa membalikkan tubuhnya dan memandang kedua putera yang sedang berbaring lena itu. Jelas dari suaranya, dia tidak suka dengan apa yang diucapkan Aries tadi.
"Baik, tuanku." Lalu Lucas pun keluar dari ruangan bilik itu meninggalkan mereka berdua bersama kedua putera yang sedang tertidur
"Arius, kau perlu beritahu mereka perkara sebenar." Kata Aries lagi sebaik sahaja Lucas keluar dari bilik itu. Kali ini suaranya ditegaskan, tanda dia sangat ingin Halilintar beebuat sedemikian.
"Aku tahu! tapi... aku... aku..." Kata Halilintar sedikut menjerit sebelum suaranya semakin perlahan tidak dapat menghabiskan ayatnya dengan raut wajah yang tidak dapat diartikan. Dia seperti dilema sesuatu.
"Kau tidak mahu mereka ikut terlibat." Kata Aries melengkapkan ayat Halilintar mengetahui apa yang akan dirasakan oleh Halilintar setiap kali mereka membicarakan tentang hal ini. Entah pasrah atau suadah terlalu sering mendengar jawapan yang sama.
Halilintar hanya mengganggukkan kepala tanpa mengatakan apa pun kerana apa yang dikatakan Aries adalah benar.
Halilintar bukan mahu berselindung perkara tersebut daripada pengetahuan mereka tetapi dia hanya tidak mahu adik-adiknya ikut terlibat dalam permasalahan ini walaupun itu bermaksud dia mungkin tidak akan dapat menggunakan kuasanya lagi. TIDAK AKAN!
"Arius, kau dan aku sudah hampir tidak dapat menggunakan kuasa kita... Kita tiada pilihan lain, Arius! Tolonglah jangan berdegil... Mana perginya tuan aku yang berani lagikan dingin itu? Mana perginya Halilintar Sang Penguasa Elemental?! Kau tak boleh lari selamanya dari masalah ini!" Tanya Aries agak menjerit perlahan seperti orang yang hampir berputus asa kepada Halilintar
Walau begitu, Halilintar masih teguh berdiri tanpa berpaling atau bersuara bagai tidak terkesan dengan kata-kata Aries itu.
"Bagaimana kau nak melindungi mereka, melindungi kerajaan ini, jika kau tidak dapat menggunakan kuasa kau, Arius?!" Tanya Aries lagi kepada Halilintar selepas melihat reaksi dingin milik tuannya itu
Halilintar hanya menundukkan kepala masih terdiam seribu kata membuatkan Aries semakin sebak...
Mereka tidak akan mampu bertahan jika keadaan terus seperti ini.
"Arius, kau sudah menyerah kalah ke? Kau mahu biarkan mereka menang kerana kau tidak dapat kuasa kau kembali? Kau mahu mereka hancurkan kerajaan ini jika mereka berjaya mendapatkan kuasa ini? Atau... kau mahu mereka bunuh adik-adik kau menggunakan kuasa abang sulung mereka sendiri?! Hah! Halilintar?! " Tanya Aries menjerit matanya berkaca hampir menangis melihat Halilintar yang sepertinya sudah pasrah akan keadaannya yang semakin melemah itu
'Halilintar?'
Mendengar Aries yang memanggil namanya bukan nama putera, membuatkan Halilintar membulatkan mata dan berpaling ke arah Aries kerana Aries hanya memanggilnya menggunakan nama puteranya sahaja selama ini.
Apa yang ucapkan Aries juga membuatkan Halilintar agak tersentak dan berjaya melonjakan amarah miliknya kerana hal yang disebutkan tidak sepatutnya berlaku walau apapun yang terjadi. Bahkan jika dia perlu korbankan sesuatu. Tidak akan dia benarkan!
"Tidak! Langkah mayat aku dulu jika mereka mahu melakukan itu!" Jerit Halilintar dengan suara dan mata merahnya menyala dingin di hadapan Aries dengan sedikit percikan petir merah muncul di sekitar badan Halilintar
YOU ARE READING
Kuasa Yang Terkunci
FantasyWarninggg!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata Penerangan cerita Pada suatu masa dahulu, di sebuah kerajaan yang megah, makmur dan aman damai iaitu, Kerajaan Vallius. Kerajaan yang diberkahi oleh kuasa-kuasa hebat yang diturunkan secara turun...