6 tahun lalu...
"Hahahahahahaha! Akhirnya kau jatuh ke tangan ku jua!" Ucap seseorang lelaki berpakaian serba ungu kehitaman berkerudung...
"Apa yang kau mahukan hah?!" Jerit seorang remaja berusia 12 tahun itu yang bingung ketika dia dibawa ke tempat itu tiba-tiba selepas muncul sebuah lingkaran sihir di biliknya
"Apa yang ku mahu?.... Kuasamu itu yang ku mahukan!" Jawab lelaki itu sambil ketawa kelihatan gembira melihat dirinya dihadapannya
"A-apa?" Ucap remaja itu terkejut mendengar jawapan yang diberikan oleh lelaki itu
"Kau tahu... aku sudah lama mencari kuasa yang kau miliki itu, dan akhirnya... kau muncul dihadapanku ini! Hahahahahahahahaha!" Kata lelaki itu sambil ketawa tetapi kedengaran menyeramkan....
Uha pov
"Dah tak betul orang ni..." (  ̄へ ̄ )
Ok back to story...'Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni?! Kenapa dia mencari kuasa aku?' Tanya remaja itu di dalam hati sambil mencuba untuk melepaskan diri daripada lelaki tersebut...
Baru sahaja dia mahu mengambil langkah, tiba-tiba kaki dan tangannya diikat oleh tali yang diperbuat dari petir...
'Ugh... tak boleh jadi ni!' Kata remaja itu di dalam hati mencuba untuk melepas diri daripada tali itu
"Ke mana kau mahu lari wahai kuasaku?~" Kata lelaki itu sambil tersenyum sinis
"Jangan risau proses ini tidaklah lama..." Sambungnya sambil mencuba menyedut kuasa milik remaja itu...
"Arghhhhhhhh!!!" Jerit remaja itu menahan kesakitan yang dialaminya...
Tiba-tiba warna matanya berubah warna dari merah muda kepada merah pekat seperti darah dan memberhentikan proses itu...
"A-apa yang berlaku?! A-apa... TIDAKKKKKKK!!!" Jerit lelaki itu
Dan remaja itu pun terjatuh dan hampir kehilangan kesedarannya
"Tak guna... tak guna!!! Jika kuasa itu tidak menjadi milikku maka tiada sesiapa yang boleh memilikinya!!!" Jerit lelaki itu tidak berpuas hati dengan apa yang baru sahaja berlaku
"𝓚𝓾𝓪𝓼𝓪 𝓵𝓪𝔂𝓪𝓴𝓷𝔂𝓪 𝓶𝓮𝓷𝓽𝓪𝓻𝓲, 𝓜𝓪𝓷𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓫𝓮𝓻𝓴𝓪𝓱𝓲, 𝓣𝓮𝓻𝓴𝓾𝓷𝓬𝓲𝓵𝓪𝓱 𝓭𝓲𝓴𝓪𝓾 𝓭𝓲 𝓶𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓲𝓷𝓲 !"
Ucap lelaki itu sambil tangannya didepakan di hadapan remaja itu...
"Arghhhhhhhh!!!!" Jerit remaja itu dan lelaki itu pun mulai menghilang meninggalkannya sambil berkata...
"Sampai kita bertemu kembali wahai kuasaku, tidak... Yang Mulia Putera Pertama, Halilintar Arius Vallius... Hihihi" Kata lelaki itu sambil tersenyum licik dan akhirnya lenyap dari situ...
Halilintar yang mendengar ucapan itu hanya mampu melihat lelaki itu menghilang kerana badannya sudah tidak boleh digerakkan olehnya...
Lalu, akhirnya dia pun pengsan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Istana Scarlet,
Terlihat seorang pemuda yang tampan baru sahaja bangun dari tidurnya menutup mukanya dengan tangan sambil mencuba untuk menstabilkan pernafasannya...
"Mimpi itu lagi..." Gumamnya lalu bangkit dari katil miliknya bagi bersiap sedia untuk hari yang baru...
Setelah selesai bersiap, dia pun menuju ke taman istana miliknya...
Taman istana,
Terlihat beberapa orang sudah berkumpul di sana.
"Mana Abang Hali ni?" Tanya seseorang yang memiliki manik mata hijau muda.
"Sabar lah Thorn, nanti dia sampai lah tu." Jawab seseorang yang memiliki manik mata coklat keemasan pula.
"Tapi Abang Gempa-..." Belum sempat dia membalas tiba-tiba orang yang dinanti telah pun tiba...
"Maaf abang lambat..." Ucap Halilintar sambil mengangkat sebelah tangannya
"Kami menyapa Yang Mulia Putera Pertama." Ucap semua orang di situ sambil meletakkan tangan di dada dan menundukkan sedikit kepala...
"Sudahlah, kita bukan di majlis rasmi..." Kata Halilintar kurang selesa dipanggil begitu oleh mereka
"Baiklah." Ucap Dua orang antara yang berada di situ tersenyum.
Seorang memiliki manik mata biru tua dan seorang lagi jingga kemerahan ...
Sedangkan yang lain hanya mengangguk...
"Abang Hali, kenapa abang lambat?" Tanya seorang remaja bermanik mata biru laut memandang tepat ke arah Halilintar
"Bukan perkara penting, hanya perkara kecil je..." Kata Halilintar sambil mengusap rambut adiknya yang keempatnya itu...
"Betul ke perkara kecil? Abang tak apa-apa kan?" Tanya si adik paling bongsu bermanik mata silver dan memakai visor kuning.
"Ya." Jawab Halilintar ringkas
"Baiklah, memandangkan kita semua dah berkumpul, mari pergi!!!" Sorak Blaze aka Putera Keempat yang sudah tidak sabar untuk pergi ke suatu tempat...
"Baiklah, sedia semua?!" Tanya Halilintar
"Sedia!!!" Ucap mereka semua serentak sudah tidak sabar
Muncul lingkaran sihir di bawah mereka dan muncul cahaya terang menutupi badan mereka lalu mereka pun menghilang ke suatu tempat...
Bersambung~
Tamat chapter 1...
Assalamualaikum semua! Macam mana chapter kali ini? Menarik? Terima kasih kerana masih membaca cerita ini... Dan maaf jika chapter ini agak pendek... Jumpa lagi!!
2/3/2023
YOU ARE READING
Kuasa Yang Terkunci
FantasyWarninggg!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata Penerangan cerita Pada suatu masa dahulu, di sebuah kerajaan yang megah, makmur dan aman damai iaitu, Kerajaan Vallius. Kerajaan yang diberkahi oleh kuasa-kuasa hebat yang diturunkan secara turun...