Bab 4 Apa Yang Disembunyikan?

62 4 0
                                    

Gempa menatap Taufan yang sedang tersenyum dengan perasaan sedikit takut kerana sikapnya yang bertukar sekelip mata itu

“Baiklah” ucapnya sambil dirinya duduk di salah satu kerusi yang terdapat di bilik itu

“Gempa rasa Abang Hali sembunyikan sesuatu dari kita semua… sesuatu yang besar… sesuatu yang dia tak mahu kita tahu…” Ucapnya memandang lurus abang keduanya itu

Taufan yang mendengar itu hanya dapat menghela nafas

“Abang pun rasa macam tu.” ucap Taufan sambil menundukkan sedikit kepalanya

“Jadi-” ucap Gempa sebelum di potong oleh Taufan

“Tapi… abang tak rasa Abang Hali akan beritahu kita masalah dia.” ucap Taufan sedikit dingin

Gempa yang ucapannya dipotong tadi tidak bisa berkata apa-apa walaupun dia tidak suka ucapannya dipotong oleh orang lain kerana dia kenal sikap abang sulungnya itu.

Author pov
“Berani Taufan potong ucapan Gempa…(0-0)”
Ok back to story

“Abang… dah lama perasan Abang Hali sembunyikan sesuatu…” sambung Taufan

“Abang pernah tanya Abang Hali?” Tanya Gempa inginkan jawapan sekiranya Taufan tahu masalah Halilintar

Malangnya Taufan hanya menggeleng tanda tidak tahu dan mula bercerita…

“5 tahun lalu… abang perasan Abang Hali kurang gunakan kuasa dia… ataupun abang tak nampak langsung dia gunakan kuasa dia lagi… jadi abang selalu ajak dia main dengan abang, tapi dia selalu menolak tak kira abang buat apa… walaupun hampir sekali abang tak sengaja halakan kuasa abang kepada nya… abang ingat dia akan gunakan kuasa dia untuk halang serangan abang tu, tapi dia tak buat apa-apa untuk elak serangan tu… seolah-olah dia tak boleh gunakan kuasa dia… tapi dia berjaya elak serangan tu walaupun dia cedera sedikit di bahagian tangan… lepas tu abang cuba tolong Abang Hali dan nak minta maaf selepas dia terkena serangan abang tu, tapi abang perasan mata Abang Hali masa tu… warna merah pekat berlainan dengan mata dia yang biasa dan tak lama selepas tu, mata dia kembali ke warna asal, yang membuatkan abang rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Abang Hali.” Cerita Taufan panjang lebar kepada Gempa yang sedang memikirkan keanehan di cerita itu…

“Abang ada tanya pada Abang Hali tentang hal itu?” Tanya Gempa mahukan kepastian

“Ada, tapi bila abang tanya dia tidak menjawab dan akhirnya abang putus asa untuk bertanya lagi…” ucap Taufan lalu menghela nafasnya

“Kalau begitu, bila abang nampak Abang Hali gunakan kuasanya semula?” Tanya Gempa lagi

“Abang nampak semula Abang Hali gunakan kuasanya ketika majlis hari lahir kita yang ke 15 tahun, semasa kita diperintahkan untuk menunjukkan kuasa masing-masing sebagai tanda kita bersedia untuk menjadi pemimpin sekaligus pelindung kerajaan ini…” jawab Taufan

“Selepas Abang Hali menunjukkan kuasanya, dia meninggalkan majlis secara diam-diam, dan membuatkan majlis sedikit huru-hara.” Ucap Gempa mengingat kembali majlis itu

“Selepas majlis itu, Abang Hali sudah mula menggunakan kuasanya semula tetapi sedikit lemah untuk usia kita walaupun dia tetap dapat mengalahkan kita semua…” kata Taufan sedikit kesal di akhir ucapannya

Kuasa Yang TerkunciWhere stories live. Discover now